USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Assalamualaikum. Izinkan Abam Kie berkongsi tazkirah tentang keperluan menghormati mentua. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita bersama. Hayatilah. Terima kasih.
Hari ini ramai yang salah anggap mengenai tanggungjawab terhadap mertua. Salah anggap itu membawa kepada rasa kurang hormat terhadap mertua sedangkan mereka wajar di hormati seperti taraf menghormati ibu bapa sendiri.
Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mertua, Justeru tanggungjawab itu tidak boleh di abaikan ole menantu lelaki. Mengabaikan teguran dari mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak kita sendiri.
Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.
Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
#Ustaz Iqbal Zain
5 Comments
Alhamdulillah syg kepada mak mertua sama seperti mak sendiri...apa yg didoakan untuk mak, iru jugalah yang didoakan untuk mak mertua..
ReplyDeleteAllahu..subhanallah..hormati ibu sendiri dan ibu mertua sama..bersyukur kerana kita dapat 2 doa..jadi balaslah dengan layanan kebaikkan..
ReplyDeleteranai yg tahu tp x ambik kisah
ReplyDeleteUntung kalau dapat mentua yang baik..:)
ReplyDeletebila kita berkahwin dgn seseorang bermakna kita 'berkahwin' dgn seluruh ahli keluarganya termasuk ibu bapanya. maka hormatilah mereka
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.