Assalamualaikum... SPM datang lagi setelah setahun menghilang. Setelah 10 bulan bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran maka detik2 yg mendebarkan tiba pada 2 November 2015 lalu. Seminggu sebelum itu sekolah abam kie mengajar telah mengadakan pelbagai program akademik bagi memastikan para calon SPM mendapat keputusan yg cemerlang di dalam SPM nanti. Antara program yang dijalankan ialah kelas tambahan petang dan malam, kem bestari SPM, seminar teknik menjawab, latihtubi dan banyak lagi. Memang tak terkira la.....

Pada 29 Oktober lalu abam mengerah calon2 SPM untuk menyusun kerusi meja di dalam dewan peperiksaan. Selama 2 jam 30 minit akhirnya tugas itu berjaya dilaksanakan. Mujurlah murid2 abam kie memberikan kerjasama. Kalau malas nanti abam kie sebat!

Selesai tugas di dewan, mereka bergegas ke masjid sekolah untuk majlis izin ilmu bersama pentadbir dan guru2 subjek. Di sini guru2 subjek memberikan tips terakhir dan mengizinkan segala ilmu yang kami ajarkan selama ini.

Kemudian murid2 tingkatan 5 terus berada di sekolah untuk Kem Bestari Perdana. Seramai 155 murid menyertai program ini dimana mereka tinggal di sekolah selama 3 hari 2 malam. Guru-guru juga bergilir2 mengawal mereka. Guru2 perempuan pula bergotong-royong memasak makanan untuk calon2 SPM 2015. Semasa program ini mereka mengulangkaji kertas-kertas yang bakal diduduki pada minggu pertama SPM seperti BM, BI, Sejarah, BA dan PQS. 



Pada malam tadi anak2 murid abam datang ke rumah selepas Isyak utk mengulangkaji subjek Bahasa Inggeris buat kali terakhir. Mereka berada di rumah abam sehingga jam 10.30 malam. Jadi abam pun bagilah soalan2 ramalan tu. Usai belajar, mereka dijamukan dengan sedikit 'supper'. Semasa nak balik tu hujan turun. Terpaksalah mereka meredah hujan sambil menunggang motosikal. 

In Shaa Allah, murid2 abam kie akan mencapai keputusan yang cemerlang di dalam semua subjek yang diambil terutama sekali BI. Aamiin...