Assalamualaikum. Harap maaf sekiranya entri abam kie pada hari ini mengganggu ketenteraman hidup rakan2. Tapi abam kie rasa seharusnya abam kie berkongsi amalan ini untuk kebaikan para suami-isteri. Berikut Abam Kie kongsikan doa dan amalan untuk mencegah mati pucuk atau lemah tenaga batin. Semoga ianya bermanfaat. Terima kasih.

1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah: 


2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim di dalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30: 


3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini: 


4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun ke bawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak. 

Lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar, sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT. 

Di dalam kitab Al-’Ilaj Bir-Ruqaa Min Al-Kitab Was-Sunnah, karangan Said Ali Bin Wahf, menyatakan ijmak ulamak membenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk perubatan dan sebagainya, akan tetapi perlulah diyakini bahawa ayat-ayat Al-Quran yang digunakan tersebut tidak memberikan sebarang kesan zatnya sendiri. Bahkan Allah jualah yang memberi kesan ke atas sesuatu. Ayat yang dibaca itu merupakan sebab dari sekian banyak sebab-sebab yang ditetapkan oleh Alah SWT.
Oleh: Ustaz Abu Nafis