Keputusan UPSR 2015 Puteri Sulung Saya
Setelah 2 bulan menunggu keputusan UPSR akhirnya hari-hari yang ditunggu tiba jua. 17 November 2015 keputusan akan diumumkan selepas jam 10 pagi. Kira-kira jam 10.15 pagi Abam Kie menghantar SMS ke nombor 15888 untuk menyemak keputusan puteri sulung abam. 20 minit kemudian abam mendapat balasan dari sistem. Jeng-jeng-jeng..... berdebar gak nak baca. Alhamdulillah, Nur Anis Dalilah binti Marzuki berjaya mendapat 5A. Terasa berbaloi segala penah-jerih menghantar dan menjemput dia dari kelas tambahan di sekolah sebelum ini. Lalu abam berkongsi berita ini dengan kakak-kakak, isteri dan bekas isteri Abam Kie. Sebenarnya bekas isteri abam kie atau Mummy pergi mengambil keputusan Anis di sekolah tetapi dia balik awal kerana ada hal penting.
Abam Kie ada membuat permohonan ke MRSM dan SBP bagi pihak anak. Kalau dapat sekolah di Kelantan abam kie akan hantar. Kalau jauh x payah la pergi. Baik dia belajar di sekolah abam kie je. Mungkin abam kie mengisikan permohonan ke Maahad Tahfiz Sains juga untuknya. Hmm....kalau abam kie boleh survive 5 tahun di SM Sains Machang kenapa pulak anak abam kie x boleh?
Selepas ini nampaknya abam kie kena beli hadiah kepada kakak. Macam dia nak handphone je. Asalnya abam nak pasang aircond di bilik tidurnya tapi dia menolak. Apa2apa pun tahniah kepada bapa dan anak diatas kejayaan ini. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
9 Comments
Tahniah abam kie
ReplyDeleteTahniah utk anak abam kie..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. semoga terus cemerlang..
Tahniah untuk anak abam kie dan abm kie sekeluarga ..
ReplyDeletesemoga cemerlang dunia akhirat amin :)
Tahniah...tahniah. Kemana tumpahnya kuah, kan. Apa saja pilihannya, kita sokong dan bantu kan, cikgu
ReplyDeleteterima kasih Allah..alhamdulillah.
ReplyDeletetahniah abam kie dan isteri..tahniah Anis..teruskan menuntut ilmu lillahitaala ye..kut resam padi..menunduk bila semakin berisi..
Alhamdulillah~~
ReplyDeleteTahniah! Tahniah!
Tahniah abg kie(untuk anak jah buke pok)jange marah.....
ReplyDeleteTahniah utk anak abam kie. Semoga terus cemerlang dalam langkah seterusnya.. Amiin
ReplyDeleteTahniah Abam Kie
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.