Suami wajar bantu urusan rumah tangga
Abam Sado Jemur Kain
Ketua keluarga perlu kikis sikap ego, ringankan
tugas isteri demi keharmonian keluarga. Alam rumah tangga tidak boleh dianggap
remeh oleh setiap pasangan. Mungkin sebelum berkahwin, setiap individu hanya
memikirkan tanggungjawab pada diri sendiri, namun senario itu secara automatik
akan berubah selepas mereka mendirikan rumah tangga. Bagi menjamin keharmonian
rumah tangga, sikap saling bantu membantu amat dituntut pada setiap pasangan
tidak kira sama ada mereka baru mendirikan rumah tangga atau yang sudah lama
menjalani kehidupan bersama. Mungkin dianggap remeh apabila dikatakan bahawa
ada segelintir suami yang menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada isteri
termasuk menjaga anak, namun senario itulah yang sering berlaku dalam
masyarakat kita. Malah, ada lelaki yang tidak pernah menguruskan hal anak
seperti menukar lampin bayi, memandikan dan memberikan makan kepada si kecil.
Pada pendapat Abam Kie, sebagai suami yang baik kita wajib menolong isteri dalam melancarkan perjalanan urusan rumah tangga. Hal itu bukanlah perkara baru bagi pasangan suami isteri kerana Nabi Muhammad sendiri membantu isteri Baginda dalam hal ehwal rumah tangga dan anak. Sebagai orang Islam kita harus mencontohi Baginda sebagai model suami sepanjang zaman bagi memastikan mahligai yang dibina bahagia dan berkekalan.
Dalam hadis Nabi ada menyebut "Aku adalah sebaik-baik suami yang berbuat baik kepada ahli keluargaku dan contohilah aku" dan setiap suami harus mengambil pengertian hadis itu sebagai panduan dalam mengemudi perjalanan mahligai yang dibina. Walaupun Rasulullah sentiasa sibuk menjalankan tugas sebagai Rasul, Imam Ummah, pemimpin negara, ketua hakim dan panglima agung angkatan bersenjata, Baginda masih dapat meluangkan masanya membantu kerja rumah isterinya seperti menjahit pakaian dan membaiki kasut. Sebaliknya yang terjadi sekarang ini, ada juga mentaliti segelintir suami menganggap selepas berkahwin, urusan rumah tangga dan anak adalah tanggungjawab isteri sepenuhnya kerana menganggap tugas suami sebagai ketua keluarga tidak perlu melakukan kerja berkenaan. Pemikiran sebeginilah yang harus dikikis bagi setiap lelaki sama ada yang sudah berkahwin atau bakal mendirikan rumah tangga.
Sebagai ketua keluarga, suami harus menjadi pemimpin dan pelindung kepada isteri dan anak bukannya menjadi pemimpin yang hanya tahu memberi arahan semata-mata. Bukan alasan suami tidak boleh membantu isteri dalam urusan rumah tangga terutama menjaga anak kecil kerana pada masa ini ada agensi tertentu yang menawarkan latihan kepada ibu bapa untuk menjaga anak terutama bayi. Tambahan pula sekarang ini ramai pasangan yang kedua-duanya bekerja dan tidak salah sekiranya masing-masing membantu dalam menguruskan anak. Bak kata pepatah, "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Lazimnya tiada persefahaman dalam rumah tangga yang akhirnya menimbulkan perceraian berlaku kerana pasangan tidak memahami maksud perkahwinan itu sendiri, iaitu percantuman dua insan berlainan latar belakang yang memerlukan pemahaman yang cukup jelas mengenai tanggungjawab suami dan isteri. Suami boleh dianggap zalim apabila duduk bersenang-lenang sedangkan isteri dibiar melakukan kerja rumah tanpa henti dan sentiasa dikelilingi anak-anak. Perlu diingat setiap bantuan yang dihulurkan suami amat dihargai oleh isteri dan itu menjadikan isteri lebih menghormati suami.
Walaupun kita tahu lelaki sememangnya mempunyai ego yang tinggi tetapi dalam rumah tangga sikap ego itu perlu dikurangkan dengan membantu isteri menguruskan anak dan keluarga. Tidak salah sekiranya suami menukar lampin atau membuat susu untuk anak kerana itu dapat mengeratkan hubungan kasih sayang antara suami isteri.
Begitupun, jika suami enggan membantu menguruskan rumah tangga, isteri haruslah bijak untuk memainkan peranan dengan menegur sikap suami dengan cara baik dan lembut. Tindakan itu bertepatan dengan peranan isteri sebagai penasihat dalam rumah tangga yang dapat memastikan keharmonian keluarga. Sekiranya isteri ingin menegur suami, mereka haruslah memilih waktu dan masa yang sesuai seperti ketika hendak tidur atau waktu istirehat pada waktu petang kerana pada waktu itulah suami biasanya berfikiran tenang dan terbuka!
Selain itu, isteri perlu bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam menegur sikap suami. Andainya suami menolong isteri dalam melakukan urusan rumah tangga dan anak, ucapan terima kasih perlu sentiasa meniti di bibir isteri supaya si suami berasa dirinya dihargai. Sikap tolak ansur, persefahaman dan saling mempercayai antara pasangan harus ada bagi mengelakkan pergolakan rumah tangga berlaku. Tolong menolong adalah jalan yang paling mudah untuk mengeratkan hubungan kasih sayang suami isteri.
Walllahualam.

================================================
Suami wajar bantu
urusan rumah tangga
Ketua keluarga perlu kikis sikap ego, ringankan tugas isteri demi
keharmonian keluarga
ALAM rumah tangga tidak boleh dianggap remeh oleh setiap pasangan.
Mungkin sebelum berkahwin, setiap individu hanya memikirkan
tanggungjawab pada diri sendiri, namun senario itu secara automatik akan
berubah selepas mereka mendirikan rumah tangga.
Bagi menjamin keharmonian rumah tangga, sikap saling bantu membantu amat
dituntut pada setiap pasangan tidak kira sama ada mereka baru
mendirikan rumah tangga atau yang sudah lama menjalani kehidupan
bersama.
Mungkin dianggap remeh apabila dikatakan bahawa ada segelintir suami
yang menyerahkan semua urusan rumah tangga kepada isteri termasuk
menjaga anak, namun senario itulah yang sering berlaku dalam masyarakat
kita. Malah, ada lelaki yang tidak pernah menguruskan hal anak seperti
menukar lampin bayi, memandikan dan memberikan makan kepada si kecil.
Pensyarah Pusat Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya
Noor Awang Hamad, berkata sebagai suami yang baik mereka wajib menolong
isteri dalam melancarkan perjalanan urusan rumah tangga.
“Hal itu bukanlah perkara baru bagi pasangan suami isteri kerana Nabi
Muhammad sendiri membantu isteri Baginda dalam hal ehwal rumah tangga
dan anak. Sebagai orang Islam kita harus mencontohi Baginda sebagai
model suami sepanjang zaman bagi memastikan mahligai yang dibina bahagia
dan berkekalan.
“Dalam hadis nabi ada menyebut ‘Aku adalah sebaik-baik suami yang
berbuat baik kepada ahli keluargaku dan contohilah aku’ dan setiap suami
harus mengambil pengertian hadis itu sebagai panduan dalam mengemudi
perjalanan mahligai yang dibina,” katanya.
Beliau berkata, walaupun Rasulullah sentiasa sibuk menjalankan tugas
sebagai Rasul, Imam Ummah, pemimpin negara, ketua hakim dan panglima
agung angkatan bersenjata, Baginda masih dapat meluangkan masanya
membantu kerja rumah isterinya seperti menjahit pakaian dan membaiki
kasut.
“Sebaliknya yang terjadi sekarang ini, ada juga mentaliti segelintir
suami menganggap selepas berkahwin, urusan rumah tangga dan anak adalah
tanggungjawab isteri sepenuhnya kerana menganggap tugas suami sebagai
ketua keluarga tidak perlu melakukan kerja berkenaan.
“Pemikiran sebeginilah yang harus dikikis bagi setiap lelaki sama ada
yang sudah berkahwin atau bakal mendirikan rumah tangga,” katanya.
Beliau berkata, sebagai ketua keluarga, suami harus menjadi pemimpin dan
pelindung kepada isteri dan anak bukannya menjadi pemimpin yang hanya
tahu memberi arahan semata-mata.
Katanya, bukan alasan suami tidak boleh membantu isteri dalam urusan
rumah tangga terutama menjaga anak kecil kerana pada masa ini ada agensi
tertentu yang menawarkan latihan kepada ibu bapa untuk menjaga anak
terutama bayi.
“Tambahan pula sekarang ini ramai pasangan yang kedua-duanya bekerja dan
tidak salah sekiranya masing-masing membantu dalam menguruskan anak.
Bak kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”, katanya.
Beliau berkata, lazimnya tiada persefahaman dalam rumah tangga yang
akhirnya menimbulkan perceraian berlaku kerana pasangan tidak memahami
maksud perkahwinan itu sendiri, iaitu percantuman dua insan berlainan
latar belakang yang memerlukan pemahaman yang cukup jelas mengenai
tanggungjawab suami dan isteri.
Katanya, suami boleh dianggap zalim apabila duduk bersenang-lenang
sedangkan isteri dibiar melakukan kerja rumah tanpa henti dan sentiasa
dikelilingi anak-anak. Perlu diingat setiap bantuan yang dihulurkan
suami amat dihargai oleh isteri dan itu menjadikan isteri lebih
menghormati suami.
“Walaupun kita tahu lelaki sememangnya mempunyai ego yang tinggi tetapi
dalam rumah tangga sikap ego itu perlu dikurangkan dengan membantu
isteri menguruskan anak dan keluarga. Tidak salah sekiranya suami
menukar lampin atau membuat susu untuk anak kerana itu dapat mengeratkan
hubungan kasih sayang antara suami isteri,” katanya.
Begitupun, katanya, jika suami enggan membantu menguruskan rumah tangga,
isteri haruslah bijak untuk memainkan peranan dengan menegur sikap
suami dengan cara baik dan lembut.
Tindakan itu bertepatan dengan peranan isteri sebagai penasihat dalam
rumah tangga yang dapat memastikan keharmonian keluarga.
“Sekiranya isteri ingin menegur suami, mereka haruslah memilih waktu dan
masa yang sesuai seperti ketika hendak tidur atau waktu istirehat pada
waktu petang kerana pada waktu itulah suami biasanya berfikiran tenang
dan terbuka”, katanya.
Selain itu, isteri perlu bijak menggunakan pendekatan psikologi dalam
menegur sikap suami. Andainya suami menolong isteri dalam melakukan
urusan rumah tangga dan anak, ucapan terima kasih perlu sentiasa meniti
di bibir isteri supaya si suami berasa dirinya dihargai.
“Sikap tolak ansur, persefahaman dan saling mempercayai antara pasangan
harus ada bagi mengelakkan pergolakan rumah tangga berlaku. Tolong
menolong adalah jalan yang paling mudah untuk mengeratkan hubungan kasih
sayang suami isteri,” katanya.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

3 Comments
steady la abam sado., huhu
ReplyDeleteAsalam Abam..tahnia menyayangi menghargai isteri ya...teruskan sebegini kerjasama
ReplyDeleteBaguslah abam sado tolong orang rumah...Terbaik...
ReplyDeleteAssalamualaikum....Nak jemput tuan blog & pengomen setia untuk memeriahkan giveaway MYiDEAKiNi yang sedang berlangsung...Jemput yer...
http://www.myideakini.com/2015/11/myideakinicom-random-rm200-bloglist.html
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.