24 Kategori Group Whatsapp
1) Pak Jabit
Setiap ketika ada pengumuman.. bola, cuaca, gossip, ceramah.
2) Bos 7-Eleven
Asyik bagi arahan, komen dan tugasan walaupun hari cuti (biasanya group ofis). Siap marah staf dlm group!
3) Kaunselor
Penuh kata2 pujangga, nasihat, perangsang semangat, hadis dll.
4) Kutu Malam
Cuma aktif sebelah malam, kecoh pasal malam Jumaat. Bila siang tak bunyi langsung.
5) Hantu Kubur
Berbunyi hanya bila namanya diseru atau dipaksa jawab soalan.
6) Kacang Ngan Yin
Hanya pandai 'like' 👍👍👍, 👍👍👍, 👍👍👍
7) Bisu
Wujud sebagai ahli group tapi tak pernah berbunyi sekali pun.
8) Kaunter Pertanyaan
Msauk group utk tanya soalan je lepas tu tak masuk. Masuk balik jika ada soalan lagi.
9) Pahlawan Papan Kunci
Hanya pandai bercakap dlm whatsapp tapi kat luar mcm hang cangkul.
10) Kaki Sentap
Terkena sikit terus 'left group'. Tak lama pastu minta admin tolong add balik.
11) Kaki Sembang
Sembang dlm whatsapp citer x habis punya tp bila sampai masa dia diam.
12) Kaki Wanita
Bila ada girl whatsapp atau pasal girl baru dia sibuk whatsapp.
13) Kaki Sampuk
Suka sampuk bila org berwhatsapp.
14) Kaki Skodeng..
Asik 👀👀, 👀👀
15) Kaki Baham
Suka edit pic org pastu jadikan bahan utk membaham.
16) Kaki Ludah
Suka puiiii💦💦, 💦💦
17) Kaki Lokasi
Suka beri lokasi di mana dia ada.
18) juru taip gila keypad
Nampak perkataan "typing" je.. tapi x keluar pun ape yg dia taip.. sekadar nk main tekan2 butang...
19)Wartawan dapur
Asal masak jer post gambar...😛😛😛
20) 👅👅👅 Panjang
Asyik 😜😜😜😜 keja dia...
21) king copy paste
Copy paste je kerjanyer...
22) king selfie
Suka ambik gambar walaupun tak penting, lepas tu send dalam group
23) Suke ber"hahaha"
masuk2 group je gelak tanpa sebab..😂
24) Bercinta dalam group
Asyik sembang berdua je dlm group siap bersyg2 bagai..Hooi! PM kan boleh..aptb!
Sila pilih no anda. Hehehehehe... Sekadar suka-suka aja..
5 Comments
Sangat lucu tapi benar la Abam Kie..haha
ReplyDeleteramai camtu kan.
ReplyDeleteheh..heh..kdg bisu..kdg berbunyi juga..
ReplyDeletehaha..kelakarlah.. ;)
ReplyDeletewah.....
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.