Intisari Rancangan Televisyen Tahun 1976
Assalamualaikum. Semasa melayari FB tempohari abam kie terjumpa foto klasik iaitu keratan akhbar NST tahun 1976. Keratan akhbar berkenaan merupakan intisari rancangan televisyen tahun 1976. Pada masa itu cuma ada dua rangkaian televisyen RTM yang dipanggil Rangkaian 1 dan Rangkaian 2. Siaran pada hari biasa bermula jam 5 petang manakala pada hari minggu 3 jam lebih awal, Kandungan rancangan pun tidak banyak dan cerita pun bukannya best sangat. Siaran biasanya tamat pada jam 12 tengahmalam.
Melihatkan kepada rancangan2 yang disiarkan memang patutlah kami kanak2 pada zaman itu lebih suka bermain di luar rumah daripada menonton televisyen berbanding dengan kanak2 zaman sekarang. Rancangan kartun ada la 2-3 buah. Selebihnya dokumentari dan program pendidikan serta berita. Kalau nak tengok filem Melayu cuma pada malam Sabtu ajelah.
Biasanya dalam satu kampung tu cuma sebuah atau dua buah rumah aje yang memiliki set TV. Jadi berduyun-duyunlah warga desa menuju ke rumah berkenaan pada malam itu. Kadang2 TV ni guna bateri kereta jadi masa menonton adalah terhad. Cuma rancangan2 tertentu je boleh tengok.
Bila mengimbau kenangan menonton TV di rumah bapa dan datuk saudara pada masa kecil memanglah ada pahit-manisnya. Sekarang ni televisyen ada beratus2 siaran. Dalam bilik tidur pun ada TV jadi hiburan ada di mana-mana. Tepuk dada tanya selera. Begitulah adanya.
9 Comments
masa kecik kecik dulu ada intisari rancangan,so tunggulah nak tengok citer apa yang menarik pada hari tu..sangat nostalgia
ReplyDeletebeza dulu dengan sekarang..zaman saya dulu pun masa kecik2 banyak main kat luar..dari pagi sampai petang..budak2 zaman sekarang duk ngadap tv je..hari raya pun sama.
ReplyDeletenice entry..done folo sini #841 folo me back tq ^^
ReplyDeletetima kasih :D
ReplyDeletetahun 1992 sy darjah 2, pertama kali tinggal di kampung. belum ada elektrik n air masa tu. tv apatah lagi x dpt tengok. malam2 dah start pasang pelita
ReplyDeletemmang rare., masa ni aku xder lagi., huhu
ReplyDeleteTersangat jauh beza dgn intisari rancangan TV sekarang... :-D...
ReplyDeleteAnyway dijemput untuk memeriahkan kontest MYiDEAKiNi yang sedang berlangsung...
http://www.myideakini.com/2015/12/kontest-seo-myideakinicom-2015.html
Teknologi merubah masa....skrg...x de tv pun tak mengapa...asal ada talian internet yg berkelajuan tinggi...
ReplyDeleteMasa saya kecik-kecik dulu pun sama suka main kat luar rumah. Banyak outdoor aktiviti dengan kawan-kawan. Biasa petang-petang balik sekolah main hadang-hadang, polis santri, bola baling tin/selipar, dan macam-macam lagi..pastu kalau musim buah pula selalu pergi kebun ayah kutip buah durian, manggis,rambutan.seronok sangat masa tu. Tak layan tv pun..
ReplyDeletewww.qiyasaad.blogspot.my
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.