TV dahulu, kini dan selamanya
TV, TV, TV ....
Sejak kecil ...
Di rumah anak asyik tonton TV
Senang Mak buat kerja di dapur
Mudah tak gaduh nak ikut abah keluar
TV, TV, TV ...
Drama Melayu tak pernah miss
Apa dialognya ...
- Cinta, rayu, pujuk, rindu, asmara
- Cemburu, dengki, irihati, tipu, fitnah
Apa gambarnya ...
- Berpegangan tangan
- Berpelukan
- Tidur sekatil
Saluran lain .... konsert, konsert, konsert
. Berambut panjang tak terurus lompat2 atas pentas
- Berpakaian ketat nampak keluk2 isi di badan ... sexy beb !!
- Mata bertentang mata lelaki perempuan berduet
- Liriknya mendayu, memujuk rayu
- Lirik cinta dana dunia aku yang punya
Kemudian ... pelbagai lawak jenaka
Kemudian ... cerita hantu
Kemudian ... game show (a'a-bodoh show)
Bayangkan dari umur 3-4 tahun menghadap TV
Sehingga umur remaja di depan TV
Bila besar ... ke sekolah
Yang dipelajari cuba diaplikasi
Inilah kata orang "semester praktikal"
Ada boyfriend w/pun baru Tahun 6
Ada girlfriend w/pun baru Tingkatan 1
Mula berdating w/pun UPSR tak ambil lagi
Ajak ke sana sini w/pun exam merudum memanjang
Ya la.
Kan Mak Ayah bagi smartphone
Kan Mak-Ayah sporting
Kan Mak-Ayah tak nak kolot
Kan Mak-Ayah pun sibuk dengan FB, whatsapp dsb.
Salah siapa apabila anak bermasalah.
Bukan salah kawan ... dia yang pilih kawan
Kita Mak-Ayah yang tak pernah check siapa kawan dia
Bukan salah TV ... memang TV cari duit.
Bukan salah Cina.
Melayu mundur kerana Melayu.
Bukan salah kerajaan ...
Kejap ... Ooops mungkin salah juga
Kerajaan tak pernah ambil tahu hal ini
Mereka sibuk nak pertahankan kuasa
Sibuk nak jaga kedudukan PM
Hingga tak ada masa nak jaga kedudukan orang awam.
Maaf politik.
Terpaksa beb !!
Tak tahan dah.
Tak ada sesiapa bicara dan jaga hal ..
Remaja Melayu semakin gelong.
Caveat:
Memang ada program Islamik
Memang ada ceramah agama
Memang ada slot tarbiyatul Islamik
Tapi mana yang banyak.
Mana yang dominan.
Sekian, adanya.@
Sumber: Dr Shukri Abdullah
5 Comments
good entry abam kie...bravo!!!
ReplyDeleteBetul....setuju terutama siaran bab agama...ada tapi mampu dibilang sedang yang lain tidak terkira...
ReplyDeleteSangat menyedihkan..:(
ReplyDeletemak ayah kena main peranan control anak2 kat rumah.jangan waktu magrib ngadap tv sekali dengan anak2 layan drama melayu.
ReplyDeleteye betul yang lebih banyak rancangan berunsur hiburan.. sebab tu dato pink lebih rela taja rancangan hiburan juta2 dari rancangan berbentuk islamik sebab dia tahu yang tu lebih menjadi pilihan penonton hehehe
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.