UTAMAKANLAH YANG RUKUN
Dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah setelah berniat umrah di Bir Ali, mutawif telah mengajak jemaah mengucapkan talbiah labbaikallah hummalabbaik....Setelah itu beliau memaksa semua lelaki pergi seorang seorang ke depan bas, memimpin ucapan ini dgn mikrofon. Lintang pukang sebutan, tertinggal perkataan, salah sebutan dsbnya, mungkin kerana tidak biasa, tidak fasih atau tidak tahu. Bahkan satu pakcik sampai ke sudah tak boleh sebut labbai kala syari kalakalakbaik. Saya menolak, bukan kerana saya tak tahu tetapi saya rasa salah memaksa orang buat yg sunat yg membawa jatuh maruahnya, apa tidaknya kerana dlm bas ada perempuan dan kanak-kanak. Kita kekadang terkeliru yg wajib dgn yg sunat, lafaz itu hanyalah sunat, tak sebut tak apa. Bila paksa orang, ada yg termalu kerana bukan semua orang boleh memimpin bacaan, memimpin talbiah. Menjaga maruah orang itu wajib, jangan diwajibkan sesuatu yg sunat.. Masa beribadat bukan masa latihan mencuba. Perkara begini sering berlaku dlm kursus. Ambillah pengajaran.
Ada beberapa contoh lagi kekeliruan antara sunat dan wajib dlm ibadat. Ada orang bertanya, masa imam baca surah fatihah, adakah wajib kita dengar atau kita baca doa iftitah. Semasa imam baca surah, mana lebih dituntut mendengar imam atau membaca surah fatihah. Jawapannya, jika imam telah mula baca surah fatihah, kita wajib dengar bukan dok sibok baca doa iftitah kerana hukum diam mendengar quran dibacakan itu wajib berbanding kita buat yg sunat membaca doa iftitah. Jika imam membaca surah, sedangkan kita belum selesai baca fatihah maka kita kena baca surah fatihah dari mendengar imam baca surah, kerana baca fatihah itu rukun solat, kecuali kita sudah habis baca fatihah. Sebab itu dlm solat berjemaah, tumpu kpd mendengar bacaan surah fatihah oleh imam jika imam telah mula membacanya, tinggalkan doa iftitah. Tumpukan bacaan fatihah kita sendiri, jika belum selesai, daripada mendengar bacaan surah oleh imam.
Dalam umrah orang bertanya, perlukah diniat lagi utk tawaf dan saie setelah berniat ihram. Sebenarnya tawaf dan saie adalah rukun umrah, maka bila dah berniat umrah, tawaf dan saie termasuk dlm rukunnya, maka pada dasarnya tak perlu niat lagi untuk tawaf dan saie. Bandingannya ialah jika kita niat bersolat, kita tak perlu lagi berniat pada rukun solat seperti rukuk, sujud, tahiyat dan rukun lain kerana semuanya termasuk dlm niat solat. Begitulah juga dlm ibadat yg lain, jangan rumitkan, serabutkan.
Begitulah juga kita suka merumitkan ibadat dgn perkara sampingan seperti solat jenazah dgn doa yg meleret sedangkan rukunnya amat ringkas. Ini menjadikan orang muda dan baru belajar terasa susah. Rukun nikah juga yg diberatkan dgn kaedah jawapan, ayat dan kata yg tetap, kena serentak dgn goyang tangan tok imam dsbnya. Berbaliklah kpd perkara pokok dan asas. Permudahkanlah.
Sumber: Haji Abd Ghani Haron
Sumber: Haji Abd Ghani Haron
4 Comments
inshaallah
ReplyDeleteThank you atas perkongsian..
ReplyDeletedone follow sini #863 .. err no tak ong pulak... huk2
Terima kasih cikgu abam kie....
ReplyDeleteyg penting perlu belajar spy tahu...wah cantik rumah baru cikgu...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.