Mendaftar Ahli Rakan Cop di Tanah Merah, Kelantan
Abam Kie mendapat cenderahati berupa key chain dan notebook apabila mendaftar di tapak ekspo PDRM Tanah Merah, Kelantan pada 24 April 2016 lalu. Anda bila lagi?
Apa itu Rakan Cop?
RAKAN COP bermaksud Rakan Polis. Ia merupakan wadah bagi merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat bagi mewujudjkan bandar selamat dengan menggunakan slogan :Bersama Memerangi Jenayah". Pendekatan yang diambil adalah mudah dan praktikal dengan menggunakan kemudahan telekomunikasi terkini iaitu perkhidmatan telefon (hotline, SMS dan MMS) dan komputer (e-mail dan website) sebagai medium perantara untuk memudahkan interaksi dua hala antara polis dan orang ramai. Medium perantara ini ditempatkan di pusat kawalan kontinjen (CCC) yang beroperasi 24 jam dan bertindak sebagai nadi bagi memantau dan menguruskan maklumat serta menggerakkan tenaga polis untuk memberikan perkhidamatan pantas dalam apa jua situasi.
Misi RAKAN COP
1) Menjadikan Rakan Cop sebagai wadah untuk mengeratkan hubungan polis dengan orang ramai.
2) Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat tentang aspek-aspek pencegahan jenayah, masalah dadah, keselamatan lalulintas dan lain-lain aspek keselamatan.
3) Menggalakkan dan membudayakan orang ramai supaya berani tampil ke hadapan untuk menyalurkan maklumat kepda polis agar konsep 'tanggungjawab Bersama' dalam memerangi jenayah dapat direalisasikan.
Apakah maklumat yang boleh disalurkan ke talian RAKAN COP?

1) Kejadian jenayah
2) Kemalangan jalanraya
3) meadaaan lalulintas
4) Kesalahan lalulintas/lumba haram
5) Pennyalahgunaan dadah
6) Perjudian/kegiatan maksiat
7) Penyeludupan
8) Pendatang asing tanpa izin
9) Lain-lain maklumat berkaitan keselamatan untuk tindakan PDRM.
Apakah kelebihan menyertai RAKAN COP?
1) Identiti pemberi maklumat tidak terdedah (dikenali melalui nombor kod sahaja)
2) Maklumat cepat dan mudah disalurkan (menggunakan hotline, SMS dan MMS)
3) Maklumat diterima direkodkan dalam Database
4) Jumlah dan kategori maklumat dapat dianalisa dari semasa ke semasa untuk kajian dan perancangan pihak polis
5) Setiap maklumat dapat dipantau untuk memastikan tindakan diambil.
6) Penggunaan teknologi terkini meningkatkan kepantasan dan kecekapan bertindak.
7) Melalui system online maklumat juga dapat disalurkan dengan pantas ke stesen TV/Radio untuk hebahan jika perlu.
8) Orang ramai sentiasa peka dan dapat memainkan peranan dan menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif.
9) Orang ramai dan Polis dapat berganding bahu dengan lebih bermakna dalam memerangi jenayah dan menjadikan Bandar Selamat.
SIAPA AHLI RAKAN COP?
Semua masyarakat adalah ahli Rakan Cop. Caranya mudah. Cuma mendaftar secara rasmi sebagai Rakan Cop menggunakan telefon bimbit.
Kaedah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti contoh di bawah:
1. (Jika di Kelantan) Taip POLISKN<>DAFTAR<>NAMA SAMARAN dan hantar ke 32728 (DAPAT).
2. Anda akan diberi nombor pendaftaran RAKAN COP Malaysia sebaik selesai mendaftar.
3. Cara menghantar maklumat melalui SMS untuk kes di Kelantan: -

Taip: POLISKN<>TAIP MAKLUMAT dan hantar ke 32728 (DAPAT). Atau talian terus 09-7450999.
5 Comments
wahhhh bagus bagus!! semoga menjadi ikutan kpd yg lain
ReplyDeletebersama membanteras jenayah :)
ReplyDeletesinggah + follow
ReplyDeletehttps://belogs.blogspot.my/2016/06/assalamualaikum-dari-jmbelog.html
BERSAMA KITA MENCEGAH JENAYAH ��
ReplyDeleteBersama kita mencegah jenayah
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.