Pengorbanan Seorang Bapa
Setiap dari kita amat menyayangi bapa kita kerana merekalah yang mencari nafkah untuk membesarkan kita dari kecil sehingga dewasa. Mereka juga yang menyiapkan keperluan wang dan makan pakai kita. Bapa pada zaman dahulu tugasnya mencari rezeki manakala tugas menjaga anak2 biasanya dilakukan oleh kaum ibu. Namun begitu kedua2nya terlibat dlm memberikan pendidikan awal kpd anak2.
Bapa abam kie bernama Zainuddin bin Abdullah berusia 75 tahun. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga. Pada usia 18 tahun dia telah berkahwin dengan arwah ma. Mereka dikurniakan 6 org anak, 3 lelaki dan 3 perempuan. Abam Kie ialah anak kelima. Seingat abam kie, ayah melakukan banyak kerja untuk menyara kami sekeluarga. Maklumlah kan, pada masa itu susah nak cari kerja. Mujurlah arwah datuk ni banyak tanah sawah dan kebun, jadi ayah mengerjakan sawah padi n berkebun. Selain dari itu dia juga menjadi tukang rumah. Malah rumah pusaka di kampung ni dialah yg membina seorang diri. Pernah ayah pergi bekerja membuat rumah batu di Singapura pd thn 1976. Tak la abam pasti berapa lama dia berada di sana.
Semasa abam kie belajar di Sek Men Sains Machang, Kelantan, ayah berusaha keras untuk membayar yuran sekolah dan perbelanjaan harian. Setiap 2 minggu ayah akan melawat abam di sek dengan membawa sedikit makanan dan barang2 keperluan. Abam ni selalu homesick gak biarpun sek tu cuma 14km dari rumah. Pada hari terakhir SPM 1990, ayah mengambil abam kie dari asrama dengan menaiki motosikal Honda Cup. Begitu sayangnya dia kepada abam kie biar pun dia tak pernah mengucapkannya.
Semasa menuntut di Universiti Malaya selama 6 thn juga ayah memastikan abam mendapat bekalan duit yg secukupnya. Dia terpaksa menjual seekor lembu bagi memastikan abam boleh membayar yuran pengajian dan asrama. Pada thn 1991 - 1996 perbelanjaan di universiti x la mahal sgt. Dalam RM50 tu boleh tahan sampai seminggu.
Sesungguhnya ayah adalah insan yg amat abam sayangi. Abam Kie x la pandai dalam pertukangan ni. Sikit2 tu boleh lah. Nak baiki wiring, paip, rumah dan lain2 DIY tu abam kie berharap kpd ayah. Jadi sampai skrg jika abam kie memerlukan bantuan DIY, ayah la yg dtg membantu! Jika ayah x boleh buat barulah abam kie panggil technician.
Sesungguhnya abam kie terhutang budi dan nyawa kepada ayah yang telah membesarkan, menyekolahkan dan mengajar abam kie sehingga menjadi insan yg berguna pada usia 43 skrg. Alhamdulillah.
6 Comments
pengorbanan yang sangat besar
ReplyDeleteteringat kepada arwah abah saya...
ReplyDeletetahun ini sudah 6 tahun abah meniggalkan kami
ketiadaan beliau amat kami rasai
Semoga abah tenang di 'sana'
Al-fatihah..
Jasa dan pengorbanan seorang ayah memang sungguh besar kan Abam Kie..
ReplyDeleteTak terbalas oleh kita..
Semoga ayah abam kie diberikan kesihatan yg baik berterusan..
Assalammualaikum cikgu AK..ayah ni biasanya lebih suka memerhati..kasihnya tersembunya rindunya tersorok dihati...tapi yang pasti kebajikkan anak-anak melebihi diri sendiri..
ReplyDeletesalam , ayahhhhh banyak sangat berkorban cuma dia jarang tunjuk
ReplyDeleteIni adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.