Apabila Salam Dihulur Tidak Disambut....
Assalamualaikum.Mesti kawan2 terkejut apabila membaca tajuk di atas kan? Maaflah sebab kali ini abam kie nak buat entri sensasi sikit. Nak tahu apa cerita panas abam kie kali ini? Sila baca keluhan abam kie di bawah ini ya?
Seperti kebanyakan blogger yg lain abam kie akan rasa teruja bila dapat follower baru. Sejak mula kembali berblog pada Nov 2012 pengikut abam kie sudah berjumlah 950 orang. Ini hasil kerja keras abam kie mempromosi blog yg suam2 kuku ini melalui blogwalking, menyertai GA dan segmen dan kunjungan hormat. Salah satu cara yg mudah utk follow blog org ialah dgn menyertai GA atau segmen. Lepas tu abam kie follow la blog2 peserta segmen n GA berkenaan. Siap abam kie buat senarai dalam fail excel lagi. Biasanya abam kie akan tulis komen atau tinggalkan jejak di chatbox. Siap bagitahu abam kie folo blog mrka dan ajak mrka jenguk2 blog abam kie bila ada masa. X suruh pun mrka follow back. Tapi kalau mrka tu reti bahasa maka mrka sepatutnya follow back la blog abam kie tu. Bukannya luak pun. Dunia blog Malaysia ni sempit aje. Jadi x perlu sombong n perasan bagus! Sedangkan blogger retis Mia Liana dan Hasrul Hassan pun sudi follow blog abam kie. Ini kan pula blogger baru nak up!
Tapi yg buat abam kie bengang ni daripada 100 blog yg difollow cuma 10 aje yg follow back! Abam Kie bagi masa 1 bulan untuk mrka folo back. Jika tak folo gak maka abam kie akan unfollow mrka! Baru adil! Kalau kwn2 tgok dlm pic kat atas tu kalau bertanda 'X' tu ialah blogger yg x reti2 nak menyambut salam perkenalan dari abam kie.
Nampaknya hasrat abam kie nak mencari follower ke 1000 sebelum 31 Dis 2016 makin sukar digapai. Namun abam kie bersyukur krna masih ada lagi kwn blogger yg sudi komen entri abam kie n klik iklan adsense dan nuffnang tu. Jasa kalian amatlah abam kie hargai. Teruskan berkunjung ke blog abam kie ini. In Shaa Allah, ukhwah yg terjalin di alam maya akan terus berkekalan jika kita saling menyapa biar pun belum pernah bersua. In Shaa Allah.
Sekian. Terima kasih.
13 Comments
sabar abam kie =)
ReplyDeleteSALAM JUMAAT CIKGU AK DALAM BLOGGING KENALAH IKUT RESAM BLOGGING SALING BERTEGUR SAPA N FOLLOW BLOG...BIASANYA BLOGGER YG TERKENAL SUKA BERKENALAN N RAMAH TAPI YG MERASA DIRI BLOGGER FEMES TU YG MASALAH TU HEH..HEH..
ReplyDeleteKebiasaanya cam tu lah Abam Bie. blogger baru yang gitunya
ReplyDeletesaya bab follower ni dah malas nak kejo dah
takde nama sangat, sape nak follow kan
saya reda aje dengan jumlah yang ada =)
Kakak rasa kakak pun dah hulur banyak salam yg tak bersambut cikgu. Tapi mungkin 'bukan mahram' tu tak disambut hihi... sabar ajelah kita. Apa lagi macam kakak ni dah tua:)
ReplyDeleteNasib baik salam kakak ni cikgu sambut walau bukan mahram kan. Sebab kita bersalam di alam maya aje pun kan:)
Senyum cikgu jgn tension:)
Saya tak kisah bab2 follower ni. Sapa nak follow blog saya, dipersilakan. Insya-Allah saya follow balik blog anda.
ReplyDeleteCuma masalahnya ada follower yang guna G+ atau dlm butiran pengikut/follower tidak dinyatakan nama blog mereka maka tak dapatlah saya nak follow balik mereka. Kadang2 jenuh nak kena klik satu2 senarai blog yg dio orang follow nak pastikan follower baru saya tu ada blog atau tidak. Kalau yg guna G+ jenuh jg nak klik satu-satu web site yg dia post dlm G+.
Jalan selamat sila tinggalkan alamat web site dlm ruang komen beserta komen bahawa sesungguhnya "saya follow" atau "follow blog" atau "I'm new follower" dan sewaktu dengannya utk memudahkan tuan punya blog follow kembali blog anda.
salam jumaat abg kie
ReplyDeletesalam abam kie, marah nampaknya tu...sabar
ReplyDeletealam blogger ni macam tu lah, tak semua yg kita follow nak follow kita balik
kadang2 blogger yg follow kita takde pun nak menjengah blog kita, macam mana tu?
saya tak pernah kisah pun follower berapa, yang rajin bertandang dan bermesra pun dah cukup bersyukur ada yg nak berkawan dgn saya w/pun tak kenal di alam nyata.
nice sharing
ReplyDeleteSABAR YA. DAH ADAT DALAM DUNIA BLOGGER. ADAKALANYA TERASA HATI JUGA SAPAAN TAK DIBALAS.
ReplyDeletebiasanya saya x kisah kalau blogger x follow balik, kecuali kalau buat segmen pastu janji 'akan follow balik'...tu memang poyo.buat segmen semata nak tambah follower, bukan nak beramah mesra.
ReplyDeleteMujur tak ada nama blog saya.. kikikiki..
ReplyDeleteJangan marah-marah ye..
Semoga tercapai cita-cita untuk dapat 1000 orang follower..
Aamiin..
hohohohoho..salam..datang membalas kunjungan abam kie...td ade datang komen kat entri bloglist sy kan..
ReplyDeleteTiz Zakiah suruh terjah kat sini
Bloglist untuk Blogwalking
After looking into a handful of the blog articles on your site, I really like your technique of writing a blog. I book marked it to my bookmark site list and will be checking back in the near future. máy xay đậu nành | Special is máy bào đá | and máy xay đậu nành đa năng Q10 | and máy bào đá tuyết ET200 | and máy bào đá ZY-SB114 | and máy hút chân không DZ-300A | and máy ép miệng ly . Contact with me.
ReplyDeleteThanks for nice blog! And have a good day!
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.