Beraya sendirian di Papar, Sabah pada 1998
Rehlah raya dengan kawan2 di Jeram Kalatuan, Papar
Selesai berbuka puasa pada hari terakhir Ramadhan tahun 1998 Abam Kie menunaikan solat Maghrib dan membuka TV sambil mendengar takbir raya yang lantang berkumandang sehingga menusuk ke kalbu ini. Rasa sedih membuak2 kerana keseorangan di rumah sewa kerajaan pada malam raya. Nak telefon kakak2 pun tak boleh kerana mereka sedang berbuka puasa. Selesai menunaikan solat Isyak abam kie terus menelefon mereka untuk bertanya khabar dan mengucapkan selamat hari raya. Kakak2 abam kie menetap di Kelantan, Terengganu dan KL. Nak telefon ke rumah x boleh sebab di kampung tiada talian tetap lagi.
Sedang abam kie melayan kesedihan n kerinduan yg melampau tu, tetiba kawan sekerja, Ferdinand datang ke rumah. Dia berketurunan Kadazan tetapi dalam proses mempelajari agama Islam. Dia mengajak saya berkunjung ke rumah tunangnya, Mahani, yg juga rakan satu sekolah kami. Apa lagi, abam kie ikut je dia atau nama Islamnya skrg, Farid Abdullah. Rumah Mahani terletak di Kampung Benoni, iaitu penempatan orang Melayu Brunei di Papar.
Setibanya di sana, suasana sangat meriah kerana Mahani dan keluarganya sedang membuat persiapan raya. Adik2nya sdg asyik bermain bunga api dan mercun di laman rumah manakala bapanya pergi bertakbir di masjid. Ibu dia pula menyiapkan juadah raya seperti kuih lambam (ketupat yg dibungkus dgn daun pisang), rendang daging kerbau dan kuih2 tradisional masyarakat Brunei Sabah. Kami berbual2 di bawah rumahnya yang bertiang tinggi itu. Hampir jam 11 mlm abam kie meminta diri untuk pulang ke rumah kerana esoknya kena bangun awal utk solat raya. Ibu Mahani sempat memberikan sedikit juadah raya sbg bekalan untuk dimakan keesokannya.
Pada hari raya pertama kami guru-guru dari Semenanjung mengadakan rumah terbuka bagi meraikan hari raya. Biasanya guru2 yg dah kahwin dan guru perempuan yg buat. Kami guru2 lelaki solo ini cuma menziarahi dari rumah ke rumah aje sepanjang hari tu. Tak perlu memasak. Jadi pandai2 la atur waktu lawatan. Kiranya lunch n dinner tu percuma la. Kenyang tul gi makan nasi kerabu, sate, ketupat, lemang, rendang, nasi dagang dan lain2. Esoknya acara jalan2 n makan2 diteruskan lagi. Bestkan? Begitulah ukhwah dikalangan guru2 Semenanjung yg erat apabila berjauhan dari keluarga dan sedara-mara.
Sesungguhnya meraikan hari raya puasa buat kali pertama di Sabah meninggalkan kenangan manis yg x mungkin didapati lagi apabila pulang ke kampung halaman di Kelantan.
6 Comments
Selamat hari raya abam kie..
ReplyDeleteSelamat hari raya utk abam kie...
ReplyDeletePengalaman mendewasakan kita...
best jgk dok dperantauan..:)
ReplyDeleteAbam Kie masa tu pun masih slim lagi kan..:)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat Abam Kie dan keluarga. Kad raya tu dah saya terima, terima kasih ya..:)
selamat hari raya abam kie..pengalaman berharga tu beraya diperantauan..kalau AB mesti dah melalak tu raya jauh dari keluarga,,huhuhu
ReplyDeletePengalaman yg berharga dan akan dikenang selamanya...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat Abam Kie sekeluarga... maaf zahir dan batin. Salam ceria selalu... :)
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.