Caj rawatan klinik swasta yang mahal
Pada akhir Ramadhan yg lalu abam kie ditimpa selsema, sakit kepala, sakit tekak dan batuk. Agak mencabar juga menjalani ibadah puasa dalam keadaan tidak sihat. Terasa nak tidur dan berehat memanjang sahaja tapi tak boleh kerana abam kie tidak mahu mensia2kan peluang beribadah dlm bulan puasa yg barakah ini. Kekurangan air dan ketidakbolehan meminum air menyebabkan abam kie mengalami dehidrasi. Pada malamnya bila solat tarawih amat tidak selesa sebab air hingus meleleh keluar manakala abam kie pula sering batuk. Namun solat tarawih mampu dihabiskan juga. Alhamdulillah.
Dua hari sebelum Syawal abam kie pergi ke sebuah klinik swasta di Tanah Merah, Kelantan. Nak tahu berapa caj rawatan di klinik tersebut? RM78! Rasanya abam kie cuma selsema, batuk, sakit kepala dan tonsilitis je. Mungkin sebab abam kie banyak bertanya kpd doktor berkenaan maka dia caj lebih sebab ambil masa dia kot? Doktor berkenaan ada bagi 3 jenis pil iaitu untuk tahan sakit, selsema dan antibiotik dan ubat batuk minum kpd abam kie. Manakala ubat utk bayi abam kie pula ialah selsema dan demam (cecair dalam botol). Bayi x pergi, abam kie cuma beli ubat je.
Persoalan skrg adakah ubat itu sepadan dgn jenis sakit yg abam kie dan anak alami? Biasanya kalau gi klinik sebab selsema cuma dicaj kurang drp RM50. Hmmm...kalau demam n selsema mcm ni baik abam kie gi beli ubat di farmasi aje. Jimat dan murah...
6 Comments
Hamboi.. Mahalnya..
ReplyDeleteMelampau sungguh tu..
Kalau kat Klinik Azhar, baru dalam Rm30 ke RM40 je..
Boleh juga tuh? Makasih banyak ya untuk informasinya? :)
ReplyDeleteKlik Disini
zaman sekarang zaman duit =(
ReplyDeleteada caj konsultation....
ReplyDeleteubat murah ja kalau dibeli di farmasi...mungkin cara ini untuk tambah pendapatan.
ubat bayi dan orang dewasa memang tak sama kan? lain dos
maroh sgt boh..biasa klinik swasta mahal sbb dia cas konsultation fee..hok tu mahal bedil tu..
ReplyDeleteFaizal Tahir suruh terjah kat sini Raver Si Sotong Vs Hipster Bermisai Lentik
memang mahal caj di swasta
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.