Menukar kad debit Maybank baharu
Assalamualaikum. Sejak bulan Mac lalu Maybank mengumumkan kad2 debit Visa sedia ada perlu ditukarkan kepada kad debit baharu yang ada lambang Pay Wave dan MyDebit sebelum 31 Dis 2016. Abam Kie pada mulanya mengabaikan pengumuman itu sebab tiada masa nak pergi menunggu di cawangan Maybank Tanah Merah, Kelantan. Lagipun kad abam kie masih diterima ATM. Tapi bila pertukaran kad ini boleh dilakukan terus melalui Maybank2U maka abam kie tak melepaskan peluang untuk melakukannya secara atas talian. Selepas log masuk, pergi ke 'card management' dan pilih pertukaran kad. Lepas tu isikan alamat surat-menyurat dan nombor telefon. Maybank berjanji akan menghantar kad debit baharu dalam masa 14 hari bekerja.
Isteri abam kie juga nak tukar kadnya. Tapi dia melengah2kan masa permainan. Akhirnya pertukaran kad baharu melalui M2U telah dihentikan. Maka dia kena pergi ke cawangan Maybank Kota Bharu la. Tapi bila pergi ke sana terpaksa menunggu giliran sehingga 3 jam maka dia x jadi tukar kad.
Alhamdulillah kad debit Maybank yang baharu sudah sampai pada Rabu lepas melalui courier Citylink. Ingatkan boleh mengaktifkannya di M2U tetapi 'system under maintainance' la pulak! Terpaksalah abam kie pi ke ATM terdekat. Mujurlah no pin yg sedia ada tu masih boleh dipakai.
Sebenarnya pertukaran kad debit baharu ni demi menaiktaraf ciri2 keselamatan kad semasa jual-beli barang. Kini jika membeli barang di pasaraya contohnya, pengguna cuma perlu memasukkan 6 digit no pin sebagai pengesahan bayaran. Tandatangan tidak diperlukan lagi. Sejujurnya abam kie cuma menggunakan kad debit Maybank ni untuk mengeluarkan duit je. Jadi kegunaan lain tu x la digunakan sangat. Lagipun abam kie menggunakan kad kredit Visa Platinum juga dari Maybank untuk membuat bayaran di stesen minyak dan pasaraya.
Jadi kepada kawan2 yg masih belum menukar kad debit Maybank silakan berbuat demikian sebelum akhir tahun ini. Sekian. terima kasih.
10 Comments
Terima kasih cikgu AK..PC dan syami pun guna untuk pengeluaran wang sahaja.
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat..
ReplyDeleteAM pernah nak buat melalui online maybank2u je TAPI error sebab naik taraf sistem kot..sampai ke hari ini AM xdapat nak buat lagi..
nampaknya kena pi bank sendiri la nie
Ikhlas dari
AlongMisuari.com
saya tak buat pertukaran kad lagi
ReplyDeletetp my mom pegi bru2 nie bank ckp x perlu tukar.x rosak pun..slgi boleh guna..guna je..pelik2..ke kad jenis lain ea =.=
ReplyDeletehaaa molek la abam kie tukar hop baru :) comey and lebih berguna lg. hop dlu takdop paywave. di kelatey, mydin bleh guno paywave :)
ReplyDeleteSaya baru tukar mggu lepas..tp nk tggu tukar tu berjam2.
ReplyDeleteBANYAK YG NK KENA TUKAR BARU TAHUN NI SEBELUM TERLAMBAT IC, KAD DEBIT MB, BUKU PELABURAN..PENING TAPI XBUAT PUN LAGI HEH..HEH..
ReplyDeleteSaya masih lagi memakai kad maybank yang kaler kuning tu..
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteinfor yg penting untuk di ketahui...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.