Tak macam kat hotel-hotel di Kuala Lumpur, kat Kuala Terengganu ni susah sikit nak cari hotel bertaraf lima bintang. Walau bagaimanapun, ada je tempat penginapan yang awesome walaupun bukan five star hotel. Jadi untuk post kali ni, Abam Kie nak berkongsi beberapa hotel terbaik yang terdapat di sana. Ini berdasarkan personal experience tau, bukan dari mana-mana review orang lain, hehehe. Semenjak berpindah balik mengajar di Kelantan pada Jun 2001, kalau ada kursus atau mesyuarat, lokasi yang kerap dikunjungi ialah hotel-hotel di sekitar Terengganu. Sebabnya? Tentulah dekat dan murah, kan? Segala pandangan dan kenyataan yang ada dalam post ni mungkin akan berbeza sedikit dengan situasi sebenar. Maklumlah, memori abam kie dah makin berkarat, hahah! Jadi, teruskan membaca, moga-moga ia  dapat membantu anda dalam membuat pilihan tempat penginapan di sana ☺



#1 Primula Beach Resort yang terkenal dengan pemandangan yang berlatar belakangkan pantai yang memukau ini dibina pada tahun 1984. Resort yang menjadi salah satu trademark negeri Terengganu ini menggamit pengunjung dengan keindahan air laut yang membiru serta pasir pantainya yang memutih. Selain itu, lokasi resort ini yang terletak hanya beberapa kilometer dari hab pernigaan dan tempat-tempat menarik di bandar ini. Seperti tempat-tempat penginapan yang lain, resort ni juga menawarkan beberapa jenis bilik yang dirasakan sesuai dengan keperluan dan citarasa pengunjung antaranya; Primula suite, queen suite, executive suit, deluxe dan superior. Ada juga bilik-bilik yang mempunyai tingkap atau balkoni yang menghadap laut dan ada juga yang menghadap taman. Apa yang lainnya di sini terdapat pantai yang terasing daripada orang awam atau dalam bahasa lainnya disebut juga sebagai private beach. Jadi untuk korang yang nak datang honeymoon ke Kuala Terengganu tu, sini lah tempat penginapan yang paling sesuai untuk korang. Kalau cakap pasal makan pula, jangan risau. Restoran Bayu  (terletak di level lobi hotel) menyediakan pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa yang sangat menyelerakan. Terdapat buffet dan ala carte menu yang mesti dicuba di sini. Selain tu, bagi korang yang nak makan di tepi laut, berbumbungkan bintang-bintang di langit, korang boleh cuba makan kat Anjung Bistro manakala Kuala Kopi Lounge pula menjadi pilihan mereka yang lebih inginkan suasana tempat makan yang santai. Pada pendapat Abam Kie la, of all hotels in Kuala Terengganu, this is the best one!


#2 Grand Continental Kuala Terengganu yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin ini merupakan salah satu nadi yang menggerakkan bandar KT ni. Tempat ini juga sering menjadi tumpuan pelancong yang melancong ke sini bersama keluarga mahupun atas urusan kerja. Selain facility serba lengkap, tempat ini juga berdekatan dengan beberapa major local attaractions seperti Masjid Terapung, Air Terjun Sekayu, Tanjung Jara dan santuari penyu. Bagi yang inginkan pengalaman menginap di bilik mewah, fret not. Hotel ini menyediakan beberapa pilihan suite yang selesa. Terdapat juga 10 bilik mesyuarat, business lounge, executive floor, perkhidmatan sewa kereta dan kurier. Tempat ini bukan sahaja  sangat sesuai untuk dijadikan destinasi penginapan bagi mereka yang on a business trip, malah untuk mereka yang bercuti bersama keluarga dan teman-teman juga!


#3 Felda Residence Kuala Terengganu, a three star hotel yang hanya 15 minit berjalan kaki ke Pasar Payang. Selain pasar, tempat ini juga terletak berhampiran dengan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, manakala Istana Maziah  dan Muzium Negeri Terengganu hanyalah 5 kilometer dari sini. Ternyata lokasi yang sangat stretegik ini menjadi salah satu fakto utama yang menyebabkan tempat ini menjadi tarikan pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negara. Felda yang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang hospitaliti telah membuktikan kepakaran mereka dalam memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Menyediakan sebanyak 100 bilik yang selesa dan sempurna, di sini juga terdapat sebuah restoran, coffee shop, 24 hour room service, wifi percuma, flat screen TV, bar mini dan coffee maker. Dengan kemudahan-kemudahan seperti ini, tidak hairanlah hotel ini sering mendapat review yang positif daripada pengunjung. Staf-staf kat sini bukan saja sangat peramah dan 'friendly' malah sering mendapat pujian dengan sifat mereka yang suka membantu.

Jadi apa lagi kawan-kawan blogger yang dihormati sekalian! Cepatlah melawat Kuala Terengganu dan menginap di 3 hotel yang abam kie promosikan di atas tu. Alang-alang dah sampai di KT tu jemputlah melawat abam kie di Kelantan pulak sambil kita menikmati juadah enak dan membeli-belah kerana harga di sini gila-gila sampai pecah palo!