Apa perlu buat jika berlaku kemalangan?
Assalamualaikum. Perkongsian pintar hari ini oleh abam kie untuk kawan2 blogger yg dihormati sekalian. Apa yg perlu kita buat jika berlaku kemalangan?
*:: ✋ jadilah pengguna bijak*
*Dengarlah nasihat pakar dan tenanglah walaupun anda dalam kepayahan..!*
*ANDA BOLEH MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN*
*B A W A K E R E T A A N D A K E B A L A I P O L I S D U L U!*
*Ramai lagi yang belum tahu cara yang betul untuk uruskan urusan insurans dan kemalangan kereta. Akhirnya pihak insurans dan penarik kereta yang mendapat untung atas angin.*
*Pertama sekali jika kemalangan, anda akan memanggil longkai (penarik kereta). Bila longkai sampai, dia akan suruh tandatangan satu dokumen.*
*Jangan tandatangan..! Sebab kalau anda tandatangan, longkai akan dapat komisen 10% dari insurans anda.*
*Jangan sesekali tandatangan dokumen itu dan longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu dan ini..!*
*Jadi apa tindakan anda..? Cakap je kat dia,*
*"Saya nak towing saje.."*
*Biasanya kena caj dalam RM200-300. Towing kereta anda ke balai dulu untuk buat report dan urusan sepatutnya di sana.*
*Lepas buat report, mintak longkai hantarkan kereta ke bengkel panel yang buat repair.*
*Kalau tak tau panel bengkel, call pihak insurans dan minta alamat panel yang buat repair eksiden.*
*Lepas tu, tibalah babak paling best. Tiba giliran anda pulak untuk claim 10% dari tokey bengkel.*
*Caranya..? Esok adjuster insurance akan datang ke bengkel dan kira jumlah kerosakan.*
*Contohlah, kereta mahal, Audi ke, BMW ke Mercedes ke, total repair dalam RM100,000. Jadi anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel itu.*
*Sebab itulah longkai biasanya bergaduh berebut-rebut kereta dan duit dari bengkel kereta.*
*Dan lagi best, anda boleh claim 'lost of use' pada pihak insurans. Contoh kos lost of use insurans anda (ikut jenis insurans) RM30 satu hari.*
*Lepas tu bengkel bagi anggaran siap dalam 1 bulan. Jadi anda boleh dapat RM30 setiap hari selama sebulan.*
*RM30 x 30 hari (sebulan) = RM900*
*Anda layak dapat RM900 dari pihak insurans atas dasar nama claim lost of use.*
*Tapi kalau bengkel tak dapat siapkan kereta dalam masa sebulan seperti yang dijanjikan, anda tak boleh claim lagi dengan pihak insurans. Dan tempoh claim lost of use ini maximum 3 bulan saje.*
*Cuma kat sini perlu hati-hati dengan dua perkara.*
*PERTAMA! Pastikan bengkel itu tukar part atau barang kat kereta yang rosak itu.*
*Sebab sesetengah bengkel kuat kencing. Dia orang tak tukar. Tapi repair je part yang rosak.*
*Lepas repair, mintak pihak insurans emailkan senarai dan data part yang bengkel tu tukar.*
*Kalau kurang 1 barang, korang claim duit balik kat tokey kedai tu. Kalau diaorang tak nak bagi, gertak je nak report polis atau tribunal pengguna.*
*KEDUA! Hati-hati dengan longkai bila diaorang cakap,*
*"Hantar kat bengkel saya je lah..!"*
*Itu kencing je. Sebab longkai takde bengkel. Dia pancing je tu. Sila kongsi entri ini kalau berguna kepada kawan lain..!*
*M E N G E L A K K A N K E Z A L I M A N S E M A S A D A L A M K E M A L A N G A N*
*:: ✋ bacalah doa naik kenderaan*
9 Comments
Assalamualaikum...
ReplyDeletewahhhh... sangat berguna ni.. nak pula nur 1 haprak pun tidak tahu pasal benda-benda ni... tahu bawa kereta je...
huhuhu
Nice info abam kie :) mek excident hr tu tk msuk bgkel jd tk bleh claim rm30 shari tu
ReplyDeleteinfo yang bagus abam kie! kena tau ni, lagi-lagi perempuan. takut kena tipun kan..part baca doa tu paling best.haha
ReplyDeleteinfo yang baik
ReplyDeleteSaya memang tak tahu bab2 kereta bila kemalangan ni abekie..
ReplyDeleteTq sharing..
Sangat bermanfaat.
baru tahu nie.. terima kasih di atas perkongsian..
ReplyDeleteGood sharing. Mohon share
ReplyDeleteGood sharing. Mohon share
ReplyDeleteMacam mana prosedur nk claim 10% pada bengkel tu?
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.