Pelik tapi benar!
Pergi Pinang Tunggal
tengok dikir barat
solat tidak tinggal
tapi dedah aurat
tengok dikir barat
solat tidak tinggal
tapi dedah aurat
Goreng keropok lekor
tetamu datang ziarah
duit nombor ekor
pergi buat umrah
Ramai tepi jalan
orang minta sedekah
perut lapan bulan
baru akad nikah
Pergi kedai barang
beli serbuk kari
bos sangat garang
tapi takut isteri
Main bilang- bilang
bilang bunga seroja
dapat anugerah cemerlang
tapi tak buat kerja
Pungut buah delima
himpun dalam raga
punch card pukul lima
sampai rumah pukul tiga
Tengah malam gelemat
urut tangan berkedut
selepas doa selamat
pasang lagu dangdut
Sayang sampan karam
karam di Tanjung Jaga
sudah jelas hukum haram
ketegar nak buat juga
Guni sangat berat
berisi ubi keledek
isteri tutup aurat
suami seluar pendek
Susunan:
Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar
Jabatan Agama Islam Kedah
7 Comments
Mengidam isi kuinin
ReplyDeletetiba bandar Melaka
sindiran pagi Isnin
bagikan benar belaka
Sakit kena sebat
jerlum air batu
baik cepat taubat
sebelum usia kematu
Nampak macam gurauan
tapi itulah kenyataan:)
HEBAT PANTUN SINIKAL MINTA FIKIR
ReplyDeleteAbam kie, mek tag abam kie di :
ReplyDeletehttp://ajussix.blogspot.my/2016/10/giveaway-by-rafyydah.html
xreti nak pantun..:)
ReplyDeleteMih mih. Mcm bnyk yg btol tp org tgk enteng :)
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletesindiran yang berunsur nasihat =)
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.