kelas tambahan terakhir

Setelah berhempas-pulas mengajar mereka selama 2 tahun sejak di Tingkatan 4, kini tibalah masanya untuk abam kie mengucapkan selamat tinggal kepada pelajar2 di kelas 5 sains 1 dan 5 xenon. Abam Kie mengajar kelas tambahan malam untuk kelas 5 sains 1 manakala kelas petang untuk kelas 5 xenon. Kelas 5 xenon ni kelas keenam. Jadi penguasaan BI mereka sangat lemah. 

Kelas tambahan malam terakhir untuk kelas 5 sains 1 telah diadakan pada 26 Oktober lalu. Kelas bermula jam 8.30 malam dan berakhir pada 10.30 malam. Kebetulan pada malam Khamis lepas hujan turun dengan lebatnya. Namun 80% org pelajar tetap hadir. Seorang pelajar bernama Adrinie membawa sebiji kek kopi untuk dikongsi pada malam tu. Lalu abam kie diminta memotong kek berkenaan. Tak sangka ada pelajar yg snap foto tu. Bila balik ke rumah barulah ketua kelas menghantar foto di atas kepada abam kie melalui Whatsapp. Syukur, Alhamdulillah. 


Manakala kelas terakhir bersama 5 xenon diadakan pada jam 8.45 am, 31 Okt lepas. Selalunya kalau abam kie buat kelas tambahan ramai yg ponteng drp yg hadir. Namun syukurlah pada hari berkenaan cuma 11 or je yg x hadir. Memang la kalau masa cuti sek mcm ni ramai yg liat nak ke kelas tambahan, apatah lagi yg diadakan pada sebelah pagi.

Murid2 kelas 5 Xenon tak la bawa kek mcm kwn2 mereka di kelas pandai tu. Tapi mrka tetap nak wefie dgn cikgu BI mrka yang bambam ni. Hehehe. Pas tu mrka ni ada create wassap group gak. Jadi mudah la abam kie nak berkomunikasi dgn mrka terutama sekali nak mengingatkan mrka ttg kerja rumah yg abam kie nak semak. Hmm...kalau x siap esoknya kena sebat di punggung atau tapak tangan tu! 

Demikianlah rutin harian, mingguan, bulanan dan tahunan seorang guru. Pelajar2 dtg dan pergi, namun abam kie tetap setia mengajar pelajar2 yg datang saban tahun. Wallahualam.