Rumah jiran yang usang dan terbiar
Ini adalah rumah jiran abam kie di belakang. Sudah 8 tahun rumah ini terbiar dan tidak dihuni oleh manusia. Kalau tengok pada waktu malam memang seram. Tengok dah jadi rumah dalam hutan pulak. Sampaikan pokok menjalir di batang paip tu. Abam Kie takut jika haiwan2 liar dan berbisa dari rumah ni memasuki kawasan rumah abam kie. Tahun lepas ada ular tedung yang menjalar di dalam longkang rumah abam. Kalau biawak besar tu memang dah selalu la tersesat ke halaman rumah abam.
Selepas banjir besar tahun 2014 lalu rumah ini terbiar sebegitu aje. Tiada usaha untuk membersihkan sisa2 lumpur dan air bertakung di dalam rumah itu. Setahu abam kie tuan rumah ini sudah bercerai dengan isterinya lalu membawa diri ke pedalaman Kelantan. Usaha untuk menjejakinya gagal kerana no telefonnya sudah bertukar. Lalu rumah ini dihibahkan kepada salah seorang anaknya yg bekerja di KL. Anak ni langsung tak mempedulikan rumah pemberian ayahnya ini. Kalau iyo pun, upahlah sesiapa membersihkan rumah dan persekitarannya.
Semoga dengan tersiarnya entri ini akan menyedarkan orang awam akan kepentingan menjaga rumah pusaka agar ia tidak terbiar dan menjadi sarang penagih dadah atau tempat lepak jin dan bunian.
11 Comments
SubhanaAllah..sayangnya..kalau dijaga mesti cantik..
ReplyDeletesayang.katakanlah ada sedara yang bersihkan dan repair rumah ni, nanti barulah tetiba semua nak mengaku tu rumah dia.
ReplyDeleteRumah ada juga tp kami da sewakn kepada pyewa jdi xda la tbiar.. Bhya jgk ni. Abam kalau biar blh jadi harimau pun menghuni kat situ.. Hahahhaha
ReplyDeletedekat-dekat area rumah saya pun banyak jugak rumah-rumah kosong..biar macam tu , bagi saya kalau tak nak tinggal dekat umah tu pun kebersihan kawasan rumah kena jaga jugak..paling tidak bagi sewa dekat orang lain, atau jual je terus..
ReplyDeleteMcm rumah jiran mak mertua pun terbiar mcm ni , malam2 klau terpandang je ke sebelah rumah tu sure rasa semcm je..hihi
ReplyDeletekalau tak nak bagi kita kan...
ReplyDeletesyg nya
Hrga rumah makin tahun makin mahal. Kita yg ade tk hrgai pulak. Klau buat sewa pon --'
ReplyDeletekalau tak nak duduk, disewakan pun ok, sayang rumah
ReplyDeletesayang rumah..
ReplyDeleteYg risau tu binatang spt ular, tikus, nyamuk semua dalam rumah tu..yg sedih bila penagih jadikn tmpat lepas gina..hmmmm
ReplyDeletesayangnya rumah dibiarkan macam ni.. kalau dia bersihkan jadikan rumah sewa / homestay lg bagus..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.