Bayan Lepas Apartment

Perjalanan cuti-cuti Malaysia diteruskan ke Pulau Pinang pula. Kami bergerak dari Tapah pada jam 11.30 am 2 Dis 2016 melalui Lebuhraya Utara Selatan sehinggalah kami berhenti rehat untuk makan dan solat di R n R Semanggol. Best gak memandu di PLUS ni sebab boleh pecut. Maklumlahkan, di Kelantan mana ada lebuhraya! Kemudian kami memasuki Penang menerusi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan tiba di Bayan Lepas. Memang abam kie tak tahu jalan2 di sini. Mujurlah kami ada pemandu pelancong iaitu Lan, anak sepupu Kak Ton. Dia bekerja sbg askar di sini. Kemudian dia membawa kami ke lokasi homestay iaitu Lavender Height di Relau. Unit yg kami sewa ni di tingkat 16.  Kebetulan rumah Lan di sebelah homestay kami je. Adik ipar abam kie, Ustaz Loh pun turut menginap di homestay ini.

Pesta Pulau Pinang 2016

Pada sebelah malamnya kami pergi ke Pesta Pulau Pinang. Nasib tak baik malam Sabtu tu hujan turun dengan lebatnya. Jalan pulak jam. Sabar je la. Pusing punya pusing dapat la parking kereta. Memang banyak gerai yang ada. Fun fair pun ada. Tapi aktiviti meronda gerai-gerai di tapak pesta tu tergendala kerana hujan. Iyolah kan, berjalan sambil dukung anak semasa hujan memang terhad la langkahnya. Cuma dapat beli beberapa helai baju untuk Imtinan. Nak naik roller coaster pun x digalakkan kerana faktor keselamatan. Dalam jam 11 malam kami pun pulang ke homestay.



Bukit Bendera, Pulau Pinang 2016

Rasanya pada malam Sabtu tu abam kie sempat tidur selama 3 jam je. Mengantuk tul. Camne nak memandu dan melancong ni? Kami check out dari apartment pada jam 8.30. Kemudian kami pergi ke rumah Lan untuk sarapan nasi lemak yang dimasak oleh isterinya, Kak Yong. Sejam di situ kami bergerak ke Bukit Bendera melalui jalan yg sempit, berlubang dan bersimpang-siur. Sampai je di kaki Bukit Bendera, Lan menolong kami membeli tiket keretapi. Lama gak menunggu sebelum tiba giliran kami menaiki train ke puncak bukit. Di puncak bukit tu kami jalan-jalan je di sekitar tempat tu dan membeli cenderahati sambil mengambil foto.

Selepas Zuhur tu kami bergerak pulang. Perjalanan keluar ke Jambatan Pulau Pinang direncatkan oleh kesesakan trafik dan hujan lebat. Dekat 2 jam merayap dalam pulau sebelum terjumpa dengan jambatan tu. Terima kasih kpd Lan yg menjadi penunjuk jalan. Kalau bukan dengan pertolongannya memang abam kie x dtg ke Penang ni! Di atas jambatan pun kenderaan bergerak dgn perlahan!

Bila sampai di Seberang Prai kami menghala ke Butterworth ke Kulim ke Grik, Perak. Biarpun jalan ke Grik ni masih baharu namun perjalanan masih perlahan. Dekat jam 5.30 kami berhenti makan dan solat di R n R Kg Tawar, Baling. Selepas tu perjalanan diteruskan ke Grik, Perak. Dah mula masuk jalan berliku2 dan berbukit2. Sampai di Grik hujan pula turun. Kena pandu dgn berhati2 dlm hujan lebat. Azan maghrib sudah kedengaran. Kami memandu membelah Banjaran Titiwangsa. Terasa jauh dan lambat lagi la nak sampai ke pekan Jeli. Mana tak lambatnya kalau ikut punggung trailler pada 20km sejam! Geram tul!

Dalam jam 9 pm kami berhenti solat di Masjid Gemang, Jeli sebelum bergerak pulang ke Tanah Merah dan selamat sampai 5 minit sebelum pukul 11 pm. What a long journey! Malam tu tidur mati sebab terlalu letih dan mengantuk. Mujurlah sempat bangkit untuk Subuh.