Ulangtahun Nur Imtinan 'Afiiyah Yang Pertama
Assalamualaikum. Sedar tak sedar, anak kelima abam kie, Nur Imtinan 'Afiiyah sudah menjangkau 1 tahun usianya tanggal 1 Disember lalu. Imtinan ialah anak yang mudah dijaga dan jarang meragam kecuali apabila dia lapar, demam dan tidak selesa. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana mengurniakan anak yang comel dan mendengar kata seperti ini. Pada usia 10 bulan dia sudah boleh berjalan. Kini dia sudah boleh mengajuk percakapan kami yang mudah.
Pada 1 Disember 2016, abam kie dan kak ton mengadakan majlis ringkas sambutan hari lahir Imtinan di rumah adik kak ton yang terletak di Tapah, Perak. Kelazz gitu sebab sambut besday di luar negeri. Tak jauh mana pun dari Tanah Merah, Kelantan. Menu yang dihidangkan cuma mi rebus, kuih-muih, agar-agar, buah-buahan dan kek dari Secret Recipe. Biar mahal janji sedap dan puas hati apabila dimakan, kan?
Semoga Imtinan akan menjadi anak yang solehah dan berjasa kepada kedua ibubapanya, agama, bangsa dan negara. Aamiin... 😃
10 Comments
happy birthday to afiyah..be a good child
ReplyDeleteala cutenya dia
ReplyDeleteselamat hari haji Afiiyah , cantik anak abam kie
ReplyDeleteselamat hari jadi Afiiyah...sedap mee rebus..
ReplyDeletesedapnya makanan tu..happy birthday cute girl
ReplyDeleteSelamat ulang tahun kelahiran Nur Imtinan 'Afiiyah semoga membesar menjadi anak yang solehah, sihat dan bijak..
ReplyDeleteAbam kie ! Umur ank kita same :) beza 18hr je :) hppy birthday girl and smoga mnjadi ank solehah brjya akhirat dn dunia :)
ReplyDeletehappy besday anak soleh..comel sungguh puteri cikgu
ReplyDeleteHappy birthday baby girl.. Moga jadi anak soleha
ReplyDeleteAnak ayah ni, rupanya mcm ayah.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.