Baru-baru ini abam kie ada menganjurkan GA bagi meraikan kawan2 yg selama ini menyokong blog abam kie yg suam2 kuku ini. Alhamdulillah, sambutan daripada kwn2 boleh tahan gak! Hadiah kali ini berbentuk barangan fizikal dan perlu diposkan iaitu magnet peti sejuk dan buku nota. Jadi ada beberapa pilihan untuk abam kie mengirimkan hadiah2 tersebut kepada pemenang2.

Mula-mula tu nak guna poslaju agar cepat sampai. Tapi bila memikirkan kos poslaju seminima RM7.20 tu maka abam kie x jadi berbuat demikian. Bukannya apa…harga poslaju lebih mahal drp hadiah yg diberikan. Tak berbaloikan?

Kemudian kalau guna pos biasa takut pulak hadiah tu x sampai. Memanglah kos setem cuma RM1 tapi kalau x selamat dan x boleh jejak sama ada penerima sudah menerima hadiah tersebut kan susah jadinya?

Jadi langkah yg paling selamat dan berpatutan ialah dengan menggunakan pos berdaftar. Memanglah barang tu sampai lewat sikit – paling awal pun 3 hari - namun ianya pasti selamat dan abam kie boleh semak sama ada barang tu sudah sampai atau belum.




Maka pada hari Sabtu tempohari abam kie pergi ke Pejabat Pos Tanah Merah untuk membuat pengiriman pos daftar. Caranya mudah aje. Pertama, pastikan alamat penerima ditulis di sebelah depan sampul surat tu. Kena tulis ke sebelah kanan sikit sebab pada sebelah kiri sampul surat tu perlu ditampal dengan pelekat pos daftar. Jangan lupa tulis alamat pengirim di sebelah belakang sampul.

Kedua, bagitahu la kerani Pos Malaysia tu yang kita nak buat pos daftar. Dia akan bagi pelekat poslaju yg berharga RM2.20 sahaja untuk 20g pertama. Jika lebih daripada itu kena lekatkan setem di atas sampul surat tu. Macam kes abam kie ni cuma perlu tambahkan setem 30 ke 50 sen aja. Jimatkan?

Kemudian tampalkan pelekat pos daftar di atas sampul surat tu sebelah kiri ya? Di bahagian belakang keratan pelekat tu kena tulis nama dan alamat penerima. Tak perlu tulis penuh. Cuma tulis nama n kawasan dia tinggal je. Keratan pelekat tu kena simpan la sebagai bukti sebab kat atas tu ada nombor penjejakan (tracking no). Pas tu berikan sampul surat kpd kerani dan buat bayaran yang perlu.

Tiga hari lepas tu boleh le semak sampul pos daftar tu sama ada sudah sampai atau belum di www.poslaju.com.my . Macam kes abam kie ni hantar pada 12 Feb dan sampai ke tangan penerima pada 15 Feb.

Jadi penganjur2 giveaway boleh la guna cadangan abam kie ini untuk mengirim hadiah kpd para pemenang. Amacam? Molek ke idea abam kie ni?