Tulisan ini ditujukan Kepada kita semua rakyat kelateku yg abe kie sayangi. Mohon baca dengan positif dan untuk diri sendiri jugak. Peringatan: Entri ini ditulis dalam dialek Kelantan. Kalau tak faham boleh tanya kat kawan2 yang berasal dari sana, ye? Terima kasih kerana sudi membaca entri panas menggelegak ini. Sama2 kita menghayati dan berubah ke arah kebaikan. Terima kasih.

*Jom uboh*...jange duk bereng.

Situasi di Kota Bharu 10 tahun lepas. Kalau janji nak jumpa kawan pukul 5ptg, turun dari rumah pukul 4.30 ptg pun sempat sampai. Situasi sekarang, dengan jarak yang sama, setengah jam memang tak akan dapat sampai. Satu jam pun belum tentu sampai.

Keadaan sekarang, kereta bertambah banyak di atas jalanraya. Jalanraya pula saiznya sama dengan jalanraya 20 tahun dulu. Kalau ada pertambahan dan pembesaran pun tak banyak. Flyover yang ada pun tak banyak, tu pun ambil masa 4-5 tahun nak siap. Untuk selesaikan masalah ni, kita rakyat Kelantan kena pakat tolong sesama kita.

Tolong lagumano :

1. Kena cepat2 bergerak bila lampu hijau, khas utk kereta hok duk depan sekali. Kena selalu siap sedia semasa di traffic light. Jangan bila lampu hijau baru nok cari batang gear. Bila lambat gerak, kena hon kokram, barulah mula gelabah sampai tertukar pedal minyak dgn pedal brake. (hok kawe panah peda sekali kalu traffic lite hok ado nombor countdown tu, napok doh nombor 10,9,8,.....3,2,1..lampu hijau baru nok gaga. Kerana ado hok perangai lagu ni la keno duk tarffic light 2-3 kali lampu hijau baru boleh lepas. Dio bubuh nombor tu nok suruh kito siap sedio, bukan suruh belajar mengira. Kalu kato bodo ke demo maroh)

2. Kalu demo tok lorat. Perut kenye doh, semaye siap doh. Jange dok hecer kot atah jale rayo. Ni gak, meta ko demo rileks, tekan minyok supo tekan dengan anok jari kaki. Kereta sama laju dengan org hok jalan kaki. Kalu tengok, kereta demo serupo kepalo kereta api. Demo duk depan, hok lain berjujuk kot belake. Nok pulok, jalan hok payoh nok memotong. double line atau jalan sempit. Timbang raso ko ore lain hok ado kijo mustohok, hok nok gi kijo, nok gi spita, nok ambik anok sekoloh ko, nok gi semaye ko, hatta hok sakit perut nok berok ko. Kito keno pikir belako masalah ore. Jangan kito tak dok masalah, kito anggap ore lain tak dok masalah jugok. Kalu abe, adik kakok nok naik kereta nok make angin, boleh gi pantai. Make la angin sampai kembung perut. angin pantai takkan habis. Ambo mitok tulung banyok2, janganla duk hecer kot dalam bandar.

3. Signal. Bendo paling mudoh dalam dunio. Nok belok kiri, tolok kot atas. Nok belok kanan, tolok kot bowoh. Engineer Jepun pecoh palo mikir lagumano nok reka signal nok bui jalan raya ni selamat. reka signal LED la, hok biaso la. Bakpo gak malas sangat, payoh sangat nok bui signal bilo nok masuk lorong. Demo jange runsing, signal loni kalau demo tekey dio jetak semula. (automatic jetak sendiri bilo stering betul) Tok payoh nok ejah matti signal. Patutla ramai hok obesiti. Nok bui signal pon malas. (gerey weh aku). Pah kalu ore tepoh punggung mula nok gocoh ore la. kito tu hok tolol. Demo jangey ingat ore lain boleh baco niat demo nok belok kereto ke kiri atau kanan tanpa bagi signal.Kalu ado kereto hok boleh baca niat ore gini, ambo pun nok beli so.

4. Kalau jalan dua lorong. Lorong alik kanan untuk ore lorat. Lorong alik kiri utk ore hok lorat dio tak berapo urgent. Ore hok tok lorat, serupo ambo oyak tadi. Gi makey angin tepi pantai. Jadi pandai pandai la. Jangan bawak kereto slow, tapi duk alik kanan. Nyusoh kokram. Kalau ore bagi lampu atau hon tu, cepat2 la gi ke kiri. So lagi, kalu nok u-turn, jangan duk alik kanan lagi kalu tempat u-turn tu 5km di depan. Nok duk alik kanan tu buleh, laju sikit kenderaan anda.

5. Cermin pandang belakang. Hok ni khas untuk adik kakok. Cermin tu ore bubuh untuk tengok kenderaan dari belekang. Bukan untuk solek, pakai gincu. Guno cermin ni, tengok gapo hok ado belake kito. Alert!. Ni gak, ado cermin tapi tak tengok. bowok kereto serupo dio sore jah hok ado atas jalan raya.

6. FB/Whatsapp dan sewaktu denganya. Masa drive atau menunggang moto. jangan duk ralit main mugo goni. Ngadap mugo goni boleh buat kito lalai. Lampu hijau kita tak jalan. Ore brek kito tok brek. Pahtu eksiden. Mula la jerit tubik air mato. hok naik moto, main wasap, muto pah ko dale parit.

Ambo rasa setakat tu dulu..kalu ado nok tamboh boleh la. Hoh so lagi, kalu bowok kereta laju tu boleh. Tapi otak kita pon keno sama laju dengan kereta. Semua orang boleh bawak kereta dan moto. tapi tak semua orang jadi pemandu berhemah.

Kita boleh ubah. Atah nok dengan tok sir jah. Cayo la buoh kawe ni.

Renung2kannn...