As salam. Izinkan abam kie berkongsi satu artikel yang menarik dan bermanfaat dengan kawan2 yg dihormati sekalian.

Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu Al- Quran:-

1. Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.

2. Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerana tiada amalan yg lebih mulia dari membaca Al-Quran.

3. Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para nabi ‘alaihimussalaam.

4. Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.

5. Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.

6. Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.

7. Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian serta mndpt kemuliaan dan akan mndpt keredhaan Allah Ta'ala.
     
8. Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.

9. Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kpd 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.

10. Barangsiapa yang beramal dengan al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.

11. Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.

12. Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.

13. Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23851800) berbanding yang baca secara biasa.

14. Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.

15. Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.

16. Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.

17. Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yg tidak memahami isi kandungannya.

Kongsikan ilmu kpd sahabat2. Sekian, terima kasih.