10 Tegahan dan Suruhan Semasa Menggunakan Media Sosial
Assalamualaikum! Memang kita tidak boleh lari dari menggunakan media sosial seperti Whatsapp, Facebook, Twitter, Instagram, Wechat, Telegram dan sebagainya. Tapi adakah selama ini kita menggunakan mereka untuk jalan kebaikan? Atau tanpa sedar kita menambah dosa sendiri kerana menggunakan mereka ke jalan keburukan? Sesi tazkirah ringkas kali ini bakal menyenaraikan 10 Tip Tegahan dan Suruhan Semasa Menggunakan Media Sosial. Hayatilah senarai suruhan dan tegahan yang telah Abam Kie kutip dari sekeping 'leaflet' Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. In Shaa Allah!
SURUHAN ✅
Like/Share/Comment
1. Hadis dan riwayat sahih.
2. Cerita betul dan bermanfaat.
3. Zikir, nasihat dan amalan yang baik.
4. Menceritakan kebaikan pasangan, ahli keluarga dan saudara Islam.
5. Laman web/blog/page Islamik dan artikel/ceramah/ soal jawab Islam.
6. Gambar grafik berunsur dakwah.
7. Komen positif menyeru persaudaraan dan perdamaian.
8. Memetik ayat Al-Quran, hadis, mutiara kata dan sebagainya.
9. Promosi majlis ilmu, sumbangan, wakaf dan derma.
10. Mengeratkan silaturahim.
TEGAHAN 🗷
Like/Share/Comment
1. Hadis dan riwayat palsu.
2. Cerita betul tetapi tidak bermanfaat.
3. Cerita karut, salah dan fitnah.
4. Memburukkan pasangan, ahli keluarga dan saudara seislam.
5. Laman web/blog/page lucah, tidak Islamik, ajaran sesat dan berkaitan maksiat.
6. Tag gambar lama yang mendedahkan aurat.
7. Komen negatif seperti perpecahan, adu domba, fitnah dan maki hamun.
8. Menyunting gambar individu tertentu dan mereka dialog yang mendatangkan fitnah.
9. Promosi maksiat dan buka aib sendiri.
10. Perhubungan lelaki dan wanita tanpa batasan.
10 Comments
Perkongsian yang bagus. Peringatan untuk diri saya sendiri 👍
ReplyDeletesangat bagus dikongsi
ReplyDeleteBagus ada peringatan yang macam ni untuk kebaikan semua
ReplyDeleteMemg sepatutnya begitu...tq share
ReplyDeleteperingatan yang bagus untuk semua :D
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteAllahmdulilah ... terima kasih atas nasiha abam kie..In shaa Allah sama2 kita perbaiki
ReplyDeleteini termasuk jua larangan buat meme lucu menggunakan real people yang tak tutup aurat..
ReplyDeleteterima kasih atas ingatan dan semoga kita menjauhi apa yang ditegah..InsyaAllah
ReplyDeleteSetuju..setuju...setuju...terima kasih peringatan dan perkongsian ini Cikgu AK.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.