digi prepaid live

Assalamualaikum.

Dahulu Abe Kie guna talian pascabayar Celcom tetapi sejak gangguan perkhidmatan terjadi, abam kie berkira2 untuk beralih ke telco lain.  Siapa yg x bengang jika bila call org dia kata x boleh dengar apa yg abam kie ucapkan. Jika balik ke kampung di Machang dan Pasir Mas pulak cuma dpt isyarat EDGE je. Sebelum guna Celcom memang abam kie guna line Maxis. Maka apa kata kalau abam kie beralih ke Digi pula? Lalu pada cuti sekolah yang lalu abam kie berkunjung ke kedai telefon yg terdekat di Tanah Merah ni untuk membuat mobile number port in (MNP). Mula2 tu nak guna plan pascabayar Digi tetapi bila pohon x layak pulak! Cuma boleh pindah ke prbayar aje. Heran betul! Maka salesgirl tu menawarkan abam kie memilih plan prabayar Digi LiVe. Tak apalah...janji dapat beralih ke rangkaian Digi. 

Lalu salesgiril tu ceritakan kebaikan plan prabayar Digi Live ni. Meh baca apa yg best tentang Digi LiVe! 

1. 10GB PERCUMA Video dan Muzik penstriman kuota setiap bulan dimana abam kie akan mendapat 2.5GB Internet mingguan untuk menikmati YouTube, iflix, Spotify, Joox dan banyak aplikasi video dan muzik lain setiap hari, bila-bila masa. Faedah ini akan dinikmati sepanjang hayat!

2.  Percuma storan awan sebanyak 100GB untuk menyimpan segala foto dan video berharga di dalam hidup abam kie di Capture App. Yang bagusnya, tiada caj data untuk muat naik / muat turun.
 

3. Panggilan dan SMS kepada 6 orang rakan atau Buddyz secara PERCUMA. Rakan ini hendaklah pengguna Digi juga. Untuk Non-Buddyz ™, panggilan ditetapkan pada 30 sen / 60 saat.

4. Dapatkan diskaun sehingga 20% ke atas faedah eksklusif dan gaya hidup.

Kepada kawan2 yg nak beralih ke Digi boleh la mendapatkan pek permulaan Digi Prepaid LiVe dengan harga RM12.00 (termasuk GST). Pek ini dilengkapi dengan nilai pramuat RM8, Internet asas percuma sebanyak 500MB dan 300MB data internet pantas yang sah untuk 7 hari. Jika kawan2 muatturun app MyDigi, kita akan dapat kuota internet sebanyak 3GB yg diberikan untuk 3 bulan pertama iaitu 1GB sebulan.

Cuma yg x bestnya bab kadar panggilan yg mahal tu seperti di bawah:

 
30 sen / 60 saat
 
20 sen / SMS
 
50 sen / MMS

 Jadi apa lagi kawan2? Beralih ke Digi sekarang!