Penjagaan Diri dan Kediaman dari Gangguan Makhluk Halus
Assalamualaikum. Pada hari ini abam kie ingin berkongsi tips penjagaan diri dan kediaman daripada gangguan makhluk halus. Semoga ianya bermanfaat kepada kita semua.
Lafazkan Assalamualaikum dan Bismillah sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Begitu juga ketika menutup pintu apabila keluar dari rumah sebab syaitan yg memecah-belahkan keamanan keluarga sentiasa menunggu peluang untuk masuk ke dalam kediaman kita. Lebih bagus beri salam setiap kali masuk ke mana² pintu (kecuali bilik air) sebab port² syaitan kebiasaannya di pintu².
Lazimi membaca dan memasang ayat suci Al-Quran di rumah.
Gunakan semua bilik yg ada dalam rumah.
Tutup tong sampah dan jangan biar sampah bertaburan spt tulang dll sbb itu semua makanan jin.
Sebelum Maghrib tutup semua pintu dan tingkap. Malam² elakkan buka pintu atau tingkap sbb angin malam tak elok untk badan dan kebiasaannya sihir dihantar menggunakan jin dan 'kenderaan' jin adalah angin.
Angkat baju di ampaian sebelum Maghrib. Yang ini berkaitan dgn sihir melalui angin. Sesetengah alim ulama akan membasuh semula baju yg terhampar pada waktu Maghrib dan ke atas.
Kalau orang yg tidur mengigau, sentuh dan kejut dia.
Tidur dalam keadaan mengiring ke kanan. Kalau tidur telentang, letak bantal atas badan. Orang perempuan bila tidur rambut kena letak di bawah kepala, (jangan lepaskan ke atas bantal).
Bagi rumah yg pintu²nya berhadapan dgn pintu² lain, tutup salah satu dan buka salah satu sebab pintu² yg saling berhadapan boleh menjadi laluan makhluk halus
Kalau terlupa bagi salam semasa masuk rumah, keluar semula dan masuk balik dgn bagi salam.
Elakkan ketawa dan bersedih yang berlebihan.
Elakkan duduk di pintu.
Selalu² baca surah Al~Baqarah.
Selalu alih²kan barang dlm rumah. Jaga suasana baik dlm rumah, jangan buat perkara lalai sebab benda² mcm ni yg tarik perhatian makhluk halus. Jin/syaitan suka berdampingan dgn manusia yg kelalaian.
Sumber: Ustaz Syahidan KUIS
8 Comments
Terima kasih untuk perkongsian bermakna ni.. 👍👍
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian bermakna ni
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat.. tq..
ReplyDeletemoga semuanya baik baik saja....
ReplyDeleteAmeen..insyaAllah akan terus PC amalkan...
ReplyDeleteperkongsian bermenafaat..terima kasih
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletePerkongsian yang baik
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.