Musim kenduri datang lagi
Musim kenduri datang lagi. Biasalah kan? Pada awal Syawal ni ramai ibubapa mengadakan kenduri kahwin untuk anak masing2. Ambil kesempatan bila seisi keluarga berkumpul di rumah dan kampung. Mudah nak tolong-menolong kan? Selamat mengunjungi kenduri kahwin kepada semua rakan blogger sambil meredah kesesakan jalan raya pada hari raya!
Tapi dalam pada itu ada benda2 yang perlu diperingatkan iaitu tolong kawal diri dan elakkan perkara2 berikut, OK?
1. Mengumpat pengantin. Lelaki dia tak sesuai dengan isterilah, isteri dia muda sangatlah, suami dia gelap, isteri gemuk, tak sama darjat, berbeza negerilah. Macamlah kita sempurna sangat.
2. Lekehkan makanan yang terhidang. Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada. Nak apam balik, mee rebus, ais krim, char kuetiaw. Kawan. Kalau kau nak aneka juadah, gi pasar malam lah. Banyak di sana.
3. Hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu sebenarnya, kau ke pengantin?
4. Tak bersyukur bila dapat buah tangan. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Ceh, coklat 20 sen, kain tuala..surah yasin. Haa, elok dia bagi surah yasin. Mudah-mudah mati nanti senang kawan-kawan nak bacakan.
5. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke...pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan begini.
6. Orang dah jemput gi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.
7. Dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur, laksa...Majlis tak habis lagi dia dah sibuk usung plastik.
Eh!... Kenduri sepatutnya menjadi suatu majlis yang mengeratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa.
Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang sempurna.
Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah..batalkan niat.
Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam. Awak makan daging sedara sendiri. Wallahualam...
1 Comments
Betul tu.. mama pun dpt byk jemputan juga ni
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.