Jenis-Jenis Denda Kepada Murid Di Sekolah
Alam persekolahan penuh dengan pengalaman pahit manis yang sukar dilupakan sampai bila-bila. Bagi abam kie yang menjadi guru TESL ni memang la banyak pengalaman yang boleh dikongsi. In Shaa Allah dalam entri2 yg akan datang abam kie akan berkongsi pengalaman mendidik murid2 di sekolah2 di KL, Sabah dan Kelantan.
Pada kali ini abam kie ingin menyenaraikan senarai denda yang biasa dijalankan oleh guru2 terhadap anak-anak murid. OK, Hukuman yang pertama ialah berdiri di atas kerusi. Seingat abam kie la, masa di darjah 2 dulu cikgu BI selalu buat kuiz spelling sebelum balik ke rumah. Kalau salah satu, kena berdiri. Kalau salah lagi kena berdiri di atas kerusi, kalau salah kali ke3 kena berdiri di atas meja dan kalau salah lagi kena gantung kat kipas! Hahahaha...lawak je nak gantung ke kipas. Nanti matilah anak orang!
Semasa di sekolah menengah pula ada gak kena denda berjalan itik dengan warden sebab balik awal ke dorm dari kelas prep. Bukannya apa malam tu ada Anugerah Juara Lagu, jadi nak tengoklah siapa yg menang. Kalau denda pumping atau push up tu biasalah juga kena pada era 80an dulu. Biarpun kami ni belajar di SBP tapi nakal tu tetap ada. Jadi setakat pumping tu dah jadi mainan je la. Lewat gi sekolah kena pumping, tengok TV sampai larut malam pun kena, lewat pi solat jemaah lagi la kena!
Pernah juga semasa di form 1 abam kie kena rotan di tapak tangan dengan pembaris kayu panjang kerana tak tutup paip sinki di makmal sains. Nasib tak baik patah dua pembaris kayu tu apabila menyentap tapak tangan abe kie. Kami bukannya tak nak tutup paip tapi x tahu arah mana yg betul untuk tutup paip tu sebab air tiada sokmo. Pusing ke kanan pun x de air. Pusing ke kiri pun x de air! Abis camner?
Hmm...begitulah jenis2 denda yg abam kie pernah terima. Pernah gak kena pelempang dengan warden sebab keluar awal ke kantin waktu rehat! Tapi kami terima je la. Cubalah kalau kami cikgu2 bagi penampar kat anak2 murid skrg! Mesti mak bapak mereka akan saman cikgu, kan?
7 Comments
aduh kenangan zaman sekolah kan
ReplyDeleteCici pernah kena lempar buku sebab tulisan tak cantik /tak siap kerja. pernah kena duduk luar kelas sebab tak siap folio . tapi beramai ramai so syok la borak hahaha
jalan itik pernah, kutip sampah pernah. hehehe macam macam kenangan.
MACAM2 DENDA YG CIKGU KENAKAN KALAU BUAT KESALAHAN KAT SEKOLAH...TAPI KAK JARANG KENA SBB KAK NI MONITOR KELAS DI SEKOLAH RNDAH HNGGA MNENGAH MURID SKEMA GITU HEH...HEH..
ReplyDeleteSekarang budak2 sekolah dah tak boleh kena cuit sikit.
ReplyDeleteTu yang naik lemak semuanya.
betul betul..sekarang ni mana boleh nak sentuh murid..paling tak pon saya bebel je la..dengan harapan melekat la kat kepala diorang. jom singgah blog AB.
ReplyDeleteCara Bayar PTPTN guna JomPAY Maybank
Mama pernah kena ketuk ketampi masa ponteng sekolah tgk mearo attack dgn ketuk ketampi depan aspura sebab "renting" masa fire drill haha
ReplyDeleteSaya pun penah kena denda sama macam Abam Kie, tapi yang paling mengusik kenangan adalah kena denda pusing semua blok kelas kerana tak lulus Ekonomi dengan dipakaikan kertas kad manila bertulis, saya gagal dalam mata pelajaran ekonomi.. Huhu malu tapi dalam masa yang sama rasa femes sebab satu kelas kena denda.. =)
ReplyDeletekalau guru2 dulu denda tidak sampai mencederakan, kalau skrg ada guru2 yg mendenda sehingga meninggalkan kesan lebam kat pelajar, sy pun sering juga kena denda mcm kat atas tue.. kalau kena rotan tue pun perkara biasa juga.. ada juga ibu bapa yg tak nak anak mereka di denda ada juga yg terima skiranya anak mereka di denda ..
ReplyDeleteapapun situasi skrg tidak mcm dulu dah~~
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.