Murid sekolah hari ini semakin tiada adab
"Bermulanya kerosakan adab seseorang pelajar bila gurunya lebih menjaga hati pelajar daripada pelajar menjaga hati gurunya.. "
Kesian cikgu hari ni.. Kena berhadapan dengan pelajar2 yang x jaga langsung adab dengan cikgu.. Sampai guru tertekan.. Ada seorang rakan guru yg cerita dengan saya sambil menangis.. Anak muridnya panggil dengan panggilan binatang..Anak murid buat muka dengan cikgu.. Bila cikgu rotan dengan tujuan mendidik, dia mengadu kat mak ayah.. Mak ayah mula serang cikgu.. Viralkan.. Dan macam2 lagi.. Kadang2 mak ayah terlalu manjakan anak2.. Terlalu percaya pada anak.. Sehingga anak2 berani menipu.. Berani kurang ajar dengan cikgu.. YaAllah ampunilah anak2 pelajar saya...
Saya risau kalau mak ayah teruskan dengan sikap x selidik sebelum bertindak.. Ini menyebabkan ibubapa menghancurkan masa depan anak2 sebenarnya. Saya selalu bagitahu pelajar2 dalam kelas saya.. "Kalau kita mengumpat cikgu.. Maki cikgu.. Kurang ajar dengan cikgu, jangan harap dapar keberkatan daripada guru.. Padahal keberkatan gurulah asbab kita berjaya masa hadapan.. Hidup tenang dan bahagia.. Tapi malangnya anak2 dapat "lesen besar" daripada mak ayah.. Seolah-olah sikit pun x boleh sentuh anaknya.. Lama kelamaan tak ada lagi orang yg akan hormat pada guru..
Pernah seorang rakan abam kie yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru menceritakan tentang ketidakbolehan guru2 di sekolahnya untuk mendenda murid2 mereka. Kenapa jadi begini? Kerana mereka anak orang kaya.. Orang elite.. Abam Kie sungguh kesian kat kwn tu.. Bila dia tegur, marah dan denda murid2nya maka mak ayah mereka selalu salahkan cikgu.. Dia dah x tau nak buat apa.." Ada di sekolah dia sampai cikgu kena saman sebab kejutkan anak muridnya di asrama untuk solat Subuh! Mungkin sebab warden tu kasi rotan sebab anak dia x nak bangun subuh.. Allahu.. Kalau saya la, baik je rotan kaw kaw kalau dia x solat..
Wahai ibu bapa.. Bukankah kita juga dulu pernah dirotan? Ditarik telinga? Didenda berdiri atas kerusi? Ditampar? Sehingga hari ni kita berjaya.. Sebab mak ayah kita dulu tak pernah menangkan kita kalau kita mengadu kat mak ayah kita.. Kita lagi teruk kena dengan mak ayah kita kalau kita ngadu cikgu pukul kita.. Ingat tak?
Kesian.. Betul la kata member abam kie tadi.. Bila cikgu lebih nak menjaga hati pelajar berbanding pelajar jaga hati cikgu.. Bermulanya kekurangan adab..
Wahai rakan2 guru.. Allah sayang kita semua mungkin asbab ujian begini Allah nak ampunkan dosa2 kita dulu.. Tabahlah.. Allah bagi ganjaran setiap kesabaran ni.. Teruslah istiqomah.. Selalu pengetua abam kie cakap dengan guru2 masa program LADAP. Guru bukan ibarat seperti lilin.. Lilin walaupun dia bakar dirinya tapi lama-kelamaan dia akan padam, habis. Sebenarnya guru ibarat seperti matahari sentiasa membakar diri untuk beri manfaat pada orang lain.. Walaupun dimaki.. "Panasnyaaa hari ni.. Aduiiii!!" Tapi matahari tetap menyinari dan beri manfaat sampai bila2.. Ya! Allah sayangilah kami guru2 yg ikhlas mendidik.
Ya! Allah ampunilah kami.. Bagilah petunjuk kepada mak ayah agar faham betapa besarnya pengorbanan seorang guru.. Anda serah bulat2 pada kami untuk mendidik anak2 anda.. Padahal tanggungjawab tu tanggungjawab anda sebenarnya.. Ya! Allah.. Jadikanlah mereka ibubapa yg sangat memahami perasaan guru dan mementingkan anak2 mereka beradab dengan guru.. Ya! Allah ampunilah mereka kerana sesunguhnya mereka berdosa dengan guru2 anak2 mereka.
Nota kaki : Sebenarnya begitu juga ibubapa dgn anak. Rosak adab jika ibubapa lebih menjaga hati anak daripada si anak menjaga hati ibu bapanya
13 Comments
ibubapa skg kena ikut macam ibubpa kita dulu3
ReplyDeletemacam2 perangai
ReplyDeleteSemoga saya tidak menjadi seperti ibu bapa ini..
ReplyDeleteSaya amat menghormati guru.. Saya juga berharap anak saya akan sentiasa menghormati guru..
cik nor dlu, mak ayah sokong jer kna denda, kna rotan..mmg salah cik nor balik rumah xbuat kerja sekolah, main jer kerjanya.haha. kna denda dengn cikgu..dah lali..memang xpernah berdendam malah brterima kasih.. kerana denda tu cik nor jadi manusia berguna..hehe
ReplyDeletekadang-kadang, anak-anak jadi macam ni sebab ibubapa mereka. ada juga sebabnya datang daripada diri mereka sendiri. mak ayah dah ajar elok-elok, tapi anak jadi macam apa juga. tugas guru-guru zaman sekarang sememangnya lebih mencabar. semoga tabah di dalam mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna.
ReplyDeletewww.mrejoy.com
Ai masa sekolah takut nak mengadu kalau kena denda. Confirm ai kena lagi sekali.
ReplyDeleteSukarnya menjadi guru zaman sekarang....
ReplyDeletebudak-budak zaman sekarang tak tahu hormat orang tua bukan sahaja guru malah ibu bapa sendiri pun ada. nak tegur pun dah tak boleh.
ReplyDeletetakut nak jadi guru kalau murid-murid perangai macam sekarang ni..
ReplyDeleteIbu bapa wajar menjalin ukhuwah yang baik dengan guru....tidak semua ibu bapa tidak memahami dan tidak semua pula guru menghukum kerana salah pelajar...ada ibu bapa sangat memahami dan ada sebaliknya..ada guru menghukum kerana untuk mendidik dan ada juga sebaliknya..dua-dua manusia biasa yang jauh dari kesempurnaan...bagi ibu bapa yang melulu membela anak dan 100% menyalahkan guru....sila didik sendiri anak anda..minta sukatan pelajaran dan buat home schooling..bagi guru-guru..teruskan sabar..doa moga terus berbakti di atas niat untuk berkongsi ilmu..
ReplyDeleteHmmm...mcm2 dah sekarang ni..
ReplyDeletebila pelajar tak hormati guru..kesian cikgu2 zaman sekarang, tapi ibubapa juga mainkan peranan bila anak2 berkelakuan macam ni,anak langsung tak boleh dimarah susah juga
ReplyDeleteSaya sendiri takut tengok budak2 sekarang ni, semakin lama semakin extreme. Apapun semoga guru-guru terus tabah dan kuat menghadapi cabaran dunia skrg. Semoga bertimbunlah pahala setiap hari.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.