*SYURGA ANAK DI BAWAH TELAPAK KAKI IBUNYA, SYURGA IBU ITU PADA SUAMINYA.... TETAPI,  SYURGA SUAMI ITU DI MANA LETAKNYA????*

Persoalan ini muncul saat Abam Kie membawa emak berubat pada seorang ustaz di Taman Kosas, Ampang. Sambil berubat ustaz ini memberi tazkirah yg sangat2 meninggalkan kesan di hati ini.. tak sedar bergenang airmata saat mendengar tazkirahnya.

Bermula dari kasih Adam dan Hawa di Syurga, sehingga dicampak mereka ke dunia kerana hasutan iblis. Kemudian sampai pada bahagian suami isteri, kata ustaz...Syurga anak itu pada ibunya, Syurga ibu itu pada suaminya..lalu syurga SUAMI itu di mana pula???

Abam Kie menjawab: Pada ibunya.
Ustaz menggeleng sambil tersenyum.
Ustaz : *SYURGA SEORANG SUAMI ITU...PADA TANGGUNGJAWABNYA!!*
Abam Kie terkesima mendengar jawapan tersebut.

Ustaz menyambung: Suami itu syuganya pada tanggungjawab yg ada di bahunya. Sediakan nafkah ZAHIR dan BATIN. Sediakan rumah walaupun hanya rumah sewa, sediakan pakaian walaupun yang murah2, sediakan makan utk anak isteri walau tak mewah. Asalkan sedia semua itu untuk ISTERI dan anak2.

Jika isteri yang menyediakan rumah, yg membayar hutang rumah, HARAM suami itu tinggal di dalamnya. Jika ISTERI yang membayar bil eletrik rumah, haram cahaya itu untuk suaminya. Jika ISTERI yang menanggung biayai makan dan keperluan asas di rumah, haram suami itu memakannya....KECUALI, si isteri redha dan berniat untuk membantu suaminya, membantu syurganya itu. Andai dia tak redha, berdosa besar sang suami itu.

Kata ustaz lagi, di Mahkamah Syariah bersusun kes penceraian yang kebanyakannya berpunca dari kurangnya tanggungjawab seorang suami. Semuanya isteri yang bayar, semuanya isteri yang uruskan.. isteri berdikari sendiri.. mcm tak ada suami. Maka suami itu hilang kewibawaannya, tidak berperanan sebagai KETUA KELUARGA yg selayaknya.

Maka kepada semua lelaki (termasuk abam kie juga), sebelum memasang angan-angan untuk menikah, ataupun kini sudah menikah, ingatlah tanggungjawab yang bakal kalian pikul atas pundak kalian. Dan dengan tanggungjawab itu kalian akan diperhitung dan dipersoal di depan Allah kelak. Ada sesetengah lelaki yg abam kie pernah dengar dan jumpa, yg mencari calon2 isteri dari wanita berpangkat besar, kerja dan gaji besar, atas alasan utk menumpang kemewahannya, atas alasan nak cari jalan pintas untuk hidup senang.....sedih dengar:

Buat wanita2, cari jodoh bukan pada harta seorang lelaki, tapi pada NILAI TANGGUNGJAWAB nya. Meskipun tak mewah, dia akan tetap berusaha memberikan semua tanggungjawabnya kepadamu, dia berusaha mencukupkan semua keperluan keluarganya dengan tulang 4 kerat dan tenaganya. Itulah suami dan lelaki terbaik sebagai sandaran untuk Syurgamu ^_^ ❤

SEMOGA IANYA BERMANFAAT. SEKIAN, TERIMA KASIH.