Bagaimana Mengajar Pendidikan Seks Kepada Anak?
Hiba rasanya membaca berita anak lelaki sekecil umur 7 tahun sudah melampaui batas hingga merogol anak asuhan ibunya yang muda setahun darinya. Laporan perubatan menyatakan selaput dara anak kecil itu terkoyak. Allahuakbar!
Zaman anak-anak kita hari ni sudah tidak sama seperti zaman kita kecil-kecil dulu. Begitu naif main petik-petik bunga, main mak-mak. Anak-anak zaman menjelang 2020 ini sangat mudah terdedah dengan perkara yang kita rasakan terlalu advanced untuk mereka termasuklah hal seks antara lelaki wanita.
Sebagai ibubapa yang melahirkan anak-anak, adalah tanggungjawab kita juga untuk mengajar mereka tentang kehidupan ini. Anak-anak tak salah sepenuhnya kerana mereka melihat dan belajar dari akhlak sekeliling.
Sebagai ibubapa, antara perkara penting yang perlu diambil perhatian;
1) Sentiasa temankan anak-anak kecil semasa mereka memegang gadget dan menonton video secara online. Gunakan apps for kids yang akan menapis video yang tidak sesuai untuk tontonan anak-anak. Tapis apa yang anak baca, tonton dan katakan. Jangan sesekali biarkan mereka bersendirian dengan telefon bimbit yg ada data dan komputer yang boleh melayari internet.
2) Ajar anak tentang perbezaan anatomi bahagian intim antara lelaki dan wanita serta fungsinya. Ajar mereka serba sedikit. Jangan fikir anak kita naif, jika kita tidak mengajar mereka, mereka bertanya kepada kawan-kawan, lebih buruk lagi mencarinya sendiri di internet yang tanpa tapisan. Telah digesa dalam Islam, ibubapa kena mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan seawal 4-5 tahun.
3) Ajar anak-anak untuk mengetahui bahagian intim (private parts)nya yang tidak boleh disentuh oleh orang lain selain ibubapa. Jangan biar 'stranger' menyentuh sesuka hati kemaluannya, punggung mahupun dada. Tolonglah beritahu anak-anak bahawa mereka dan tubuh mereka perlu dihormati, tak boleh memperlakukan mereka sesuka hati. Pesan juga kepada anak-anak kita untuk menghormati orang lain dan jangan sewenangnya menyentuh private parts mereka.
Nota tambahan : anak perempuan selepas umur 5 tahun sebaiknya diuruskan oleh ibunya.
4) Ibubapa juga perlulah elakkan diri dari menonton secara online atau menyimpan gambar atau video yang berbau seks. Jika menonton filem non-muslim yang ada adegan ke arah seks seperti bercium, bersentuhan anggota badan dan adegan atas katil, kalau perlu elakkanlah menonton bersama anak-anak.
Ada kenalan pernah bercerita sebuah pusat jagaan kanak-kanak terpaksa dibuka separuh hari sahaja kerana terjadi 1 kes student lelaki dan student perempuan 6 tahun hilang dari tempat tidur di kala kawan lain sedang tidur selepas solat. Cari punya cari rupanya mereka berdua dalam toilet sedang melakukan adegan suami isteri. Selepas siasatan student lelaki itu mendedahkan selalu melihat ibu dan ayahnya menonton pornografi di TV rumah dan menyimpan banyak video lucah dalam telefonnya. Seperti kes ini, salah anak-anak lagikah?
5) Ibubapa tolonglah jangan berjimak depan anak-anak, walaupun kita rasa anak-anak masih kecil dan tidak faham. Jagalah adab, terutamanya jika masih tidur sebilik dengan ibubapa. Kita tak tahu mungkin anak sudah terjaga dan menyaksikan semua perbuatan ibubapanya lalu meniru perbuatan tersebut dengan kawan-kawan seumurnya.
6) Pakaikan anak perempuan baju yang sopan menjelang umur 2 tahun. Ada ibubapa yang sedari awal sudah mengajar anak-anak memakai hijab kids. Itu pilihan ibubapa, jika anak-anak suka teruskan. Jika anak belum selesa, jangan pula paksa. Sayang anak kita, sedarlah bahawa dunia tidak lagi naif. Pedophile is everywhere. Sebagai ibubapa kita perlu lindungi anak-anak kita.
7) Last but not least, which is the most important: anak-anak yang sudah berumur 6-7 tahun sudah boleh dididik untuk selektif dalam bersalaman, berpelukan dan beri ciuman kepada orang yang dijumpainya. Pada umur begini sudah mula boleh terangkan tentang aurat, malu dan bukan mahram (who can you touch, who you cannot simply touch). Memandangkan umur sebegini sudah cerdik dan mula solat. Sangka baik dengan anak. Mereka anak cerdik, soleh dan solehah. Terangkan secara santai dan 'ringan'.
Setakat pemerhatian Abam Kie, inilah perkara yang perlu kita ambil berat dan titipkan kepada anak-anak. Jika ada yang abam kie tertinggal, jom tambah lagi di bahagian komen untuk kita sama-sama sebagai ibubapa meningkatkan lagi kesedaran tentang pendidikan awal seks kepada anak-anak.
Abam Kie pasti sejahat mana kita sebagai manusia, bila kita melahirkan anak, tidak terlintas langsung di hati kita untuk anak kita menjadi perogol mahupun dirogol. Nauzubillahi min zaliq. Maka janganlah sediakan jalan untuk anak-anak kita ke arah itu.
Allahuakbar. Allahumma islih zuriyyati. Ya Allah bantulah kami dalam mendidik anak-anak amanahMu kepada kami. Aamiin...
Semoga Allah pelihara anak-anak syurga kita.
Tolong abam kie sebarkan parenting awareness ini dengan menekan button "share". Terima kasih.
17 Comments
Tq for sharing.
ReplyDeletenice sharing abam kie. private part bila dah besar sikit umur 3-4 tahun pun ibubapa takle pegang dah. sekarang ni ibubapa pun dah ada buat sumbang mahram. huhu
ReplyDeleteTerima kasih pengkongsian ni abam kie.. InsyaAllah mana taw nanti boleh ekin guna bila ada anak nanti
ReplyDeleteYe btl tu abam kie... Tv dan perbuatan org dewasa ni pengaruh kpd ank2... T.ksih perkongsian ini
ReplyDeletepaling SA tekankan kepada anak yg berusia 5tahun.Setiap malam,sebelum tidur..selalu remind.Part yg perlu dijaga itu.. terimakasih abg kie atas perkongsian ini
ReplyDeletebetul tu. sekarang zaman semakin luas lebih-lebih dengan pelbagai teknologi dan kemudahan media sosial yang boleh diakses oleh sesiapa dan dimana saja. Apa-apa unsur yang tidak baik seperti pornografi, hedonism, akan mudah dipengaruhi oleh kanak-kanak.( Dengan generasi alpha dan beta yang semakin tahu banyak di usia muda ini. kita memang kena menjaga dan memantau mereka sehabis boleh.
ReplyDeletebetul. mek sokong. budak dia takde nafsu pun. dia tak tahu pun tu adalah salah. kebanyakkan sbb meniru aksi ibu bapa. dia igt benda tu ok. ibu bapa perlu aware benda mcm ni. jgn dah jadi, baru nk betulkan. secure daripada awal
ReplyDeletegreat sharing
ReplyDeleteBetul..betul sangat betul..lagi satu percakapan pun dewasa kena jaga..terutama yang suka mencarut..anak-anak mula2 mereka tengok..mereka tiru tanpa tahu apa2..kemudian mereka akan ambil tahu..itu yang bahaya..masalah seks ini seperti merokok ada yang sudah mula sedari kecil.
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan apa yang abam kie katakan.. di zaman sekarang nie, peranan ibu bapa memainkan peranan yg penting untuk mengajar anak2 kita dalam isu pendidikan seks kerana mereka akan memerhati gerak geri dan tingkah laku kita dan secara perlahan2 anak2 akan meniru apa yang diperhatikan..
ReplyDeleteTq 4 sharing.sngt betul..dunia skrg tidak lg naif..nsiht yg sgt berguna utk semua
ReplyDeletebetul sgt. mama setuju. tq abam for sharing
ReplyDeleteIlmu yang sangat bermanfaat. Terima kasih :)
ReplyDelete#BloggerPantaiTimur
akukaudansesuatu.blogspot.com
tula yg ena risau lg2 anak perempuan. kdg2 takut dia belajar dri sekeliling..kena pantau selalu.
ReplyDeletePerkongsian yang bermanfaat :)
ReplyDeleteCabaran pendidik masa kini.
ReplyDeleteanak anak zaman skrg bukan mcm kita dulu-dulu. kena tegas!
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.