Kisah si penyapu sampah
Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Malam yang lepas kami bertemu. Dia datang ke rumah saya. Dia seorang penyapu sampah tinggal di rumah pangsa iaitu di Sentul.
Tuan²...Subhanallah.. Apa kisah hidup dia ni? Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tapi masih kayuh basikal. Kawan² dia yang kerja tempat yang sama ada kereta tapi dia tak nak. Dia tetap naik basikal.
Tuan² apa yg berlaku? Kawan dia ni sentiasa hina dia. Satu bangunan flat hina dia, kata kat dia macam². Tapi tuan² pada hari ini, anak-anaknya dua orang doktor & dua orang lagi arkitek. Anak2 yang kerja doktor ni bagi kat ayah tiap² bulan RM2 ribu seorang. 2 orang anak jadi RM 4 ribu. Manakala anak2 yang kerja arkitek pula seorang bagi RM1 ribu, 2 orang RM2 ribu. Jumlahnya RM6000 sebulan.
Tuan² tau tak orang yang sapu sampah kadang² hati dia lebih mulia daripada kita semua? Lebih mulia dari saya. Dia hanya sapu sampah... Allahuakhabar... tapi hati dia mulia. Tuan² dengan RM6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat? Agak²lah apa yang dia buat?
Dia SEDEKAHKAN kepada kawan² yang kerja sama tempat. Yang budak² baru ni yang ada masalah bayar sewa rumah, dia tolong sewakan. Tolong bayar duit deposit rumah. Cuma dia pesan, jangan tinggal solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen atau pun rasuah.
Tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya. Satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia. Org yang bercakap ni dia akan bercakap di hati.
"Ustaz, harta bukan milik kita ustaz." Anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar. Tapi dia kata : "Ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz." "Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar."
Apa maknanya? Maknanya itu BERKAT. Anak dia tak pernah sakit tuan². Kita ni? Gaji RM10 ribu tapi tak bayar zakat. Zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh...semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
Bak kata orang Cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah. Kalau menunggu flight tanpa tiket, pasti dikatakan gila. Inikan pula menunggu Syurga Allah tanpa solat. Mungkin lebih teruk daripada gila!
Dulu Iblis Laknatullah dihalau dari Syurga kerana meninggalkan 1 sujud. Bagaimana pula dengan manusia yang meninggalkan 34 sujud dalam sehari semalam?
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
In Shaa Allah hati tenang
#IngatanUntukDiriSendiri
Sumber: Ustaz Hanafiah Abdul Malek
7 Comments
Nice sharing info.. memng betul2 terkesan dek hati..
ReplyDeleteKita yang berkereta pergi kerja ni terkadang selalu pandang enteng yang di bawah...
perkongsian yang hebat!terima kasih abam kie..peringatan utk diri sendiri..
ReplyDeleteThanks sharing the real story abam ...
ReplyDeleteIstiqhomah dalam kebaikkan bukan mudah ditambah dengan anak-anak yang berjaya...doktor...arkitek...bila sedar nikmat juga dugaan maka terus kekal dalam kesederhanaan itu yang sukar dilakukan..Allahu..sungguh PC termotivasi..sungguh PC malu pada diri sendiri..sungguh PC kagum.
ReplyDeleteSubhanallah.. sebab Tu Kita tak boleh judge the book by it's cover
ReplyDeleteMudah2an rezeki yang kita raih sentiasa membawa keberkatan
ReplyDeletekisah yang hebat dan orang yang cukup hebat nih
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.