Panduan mengurus wang buat lelaki
Kaum lelaki merupakan ketua keluarga. Ketua mestilah bijak memimpin ahli-ahlinya. Ibarat seperti nakhoda yang mengemudi sebuah bahtera. Tanpa nakhoda, bahtera yang dikemudi pasti tidak punya arah tuju.
Jadi, kau kena la belajar jadi lelaki yang bijak. Jom semak apa ciri-ciri lelaki yang bijak:
1. Buat simpanan untuk kahwin. Bukan minta makwe / tunang kau buat pembiayaan peribadi.
2. Tak perlu ubahsuai kereta sangatlah kalau setiap bulan gaji kau tinggal RM200 je untuk hidup. Jurutera automatif tahu la kerja dia. Ini ubah kedudukan tayar bagi cacat terkeluar pe hal? Kau dah la beli kereta Myvi zero-downpayment.
3. Perlindungan takaful jangan abaikan. Takaful untuk perlindungan diri sendiri. Wajib ada. Lebih-lebih lagi kalau kau yang bawa motor pergi kerja.
4. Tambahkan ilmu pengurusan kewangan. Kalau kau boros, hancur terus kewangan keluarga kau nanti. Belajar bagaimana nak uruskan kewangan dengan baik..
5. Tambahkan kemahiran asas. Jangan semua benda nak upah orang, semua benda nak beli. Do It Yourself (DIY) lebih menjimatkan.
6. Jika rasa duit gaji tak cukup, hidup di bawah kemampuan. Rendahkan taraf hidup kau. Ada kereta import mewah tukar kepada kereta tempatan saja. Ansuran bulanan lebih murah.
7. Berhenti beli majalah sukan, bola sepak, hak ehwal kereta, akhbar. Baca je online. Melabur dalam ilmu punyalah berkira. Tetapi majalah sukan kemain kemas tersusun.
8. Kalau tak mampu menyimpan setiap bulan, potong bajet mana yang tak perlu. Keahlian gym, golf, spa misalnya. Kau pergi je lah bersenam dekat taman rekreasi. Tak payah bayar apa-apa.
9. Tak perlu nak rewards yourself sangat lah, jika dapat gaji terus rewards yourself sampai habis RM500-RM600. Bila masanya nak menyimpan? Suruh masuk RM5 dalam tabung masjid pun terketar-ketar tangan.
10. Setiap hari lepak mamak. Kau kasi mamak kaya, kau sendiri terkapai-kapai dalam kewangan. Belajar memasak. Lagi jimat.
11. Ada iPhone setakat nak main Candy Crush, main WhatsApp, main Facebook je tak guna. Download lah aplikasi untuk mengesan aliran kewangan kau. Barulah kau tahu ke mana wang kau menghilang. Boleh muat turun aplikasi “Money Manager Expense & Budget”, ataupun “My Tabung BNM”.
12. Pakai sampai habis, guna sampai rosak. Tak perlu beli stok banyak-banyak. Ini tidak, beli kasut kemain banyak. Kasut sampai 20 pasang. Kau ni lipan ke orang?
13. Masa bujang, beli je barang terpakai. Bundle pun ada yang baru juga. Tak payah nak pakai yang berjenama je. Tak perlu up to date sangat. Pakaian nak yang dekat butik saja. Baju yang tak berjenama tak semestinya tak berkualiti.
14. Jangan beli kereta tidak sepadan dengan gaji. Beli je motor dulu, Honda EX5 misalnya. Boleh jimat minyak. Sebulan dalam RM20 je. Kalau makwe tanya kau pergi kerja naik apa, dengan bangganya kau boleh jawab “pakai Honda je.”
15. Tak menggelupur nak beli kereta import mewah, pakai iPhone, travel luar negara pasal nak ikut trend terkini.
16. Jangan malu bawa bekal ke pejabat. Kau bijak dan berjimat-cermat. Kau tahu kau bukan orang berada.
17. Waktu muda-muda ni dah ada rumah sendiri. Dah jadi tuan rumah. Kumpul aset untuk masa depan. Bukan kumpul hutang keliling pinggang.
18. Berhenti merokok dan hisap vape. Nak kaya ke tak? Orang kaya tak bakar duit. Dorang melabur duit.
19. Jangan tunggu gaji tinggi baru nak melabur. Melaburlah ikut kemampuan dalam instrumen pelaburan yang diyakini. Jauhi Skim Cepat Kaya.
20. Kad kredit tak perlu sampai 3-4 keping. Nanti kau terbeban nak bayar balik. Pegawai AKPK pun kirim salam.
21. Jangan asyik nak tukar kereta baru je. Kereta lama selagi boleh guna, guna lah. Setiap 5 tahun tukar kereta tetapi masih menyewa tak guna jugak.
22. Lupakan travel ke luar negara jika ada hutang keliling pinggang. Tak payah nak luaskan pemandangan sangatlah. Kau berhutang yang tak perlu tu pun dah menunjukkan kau dah tak bijak dah.
23. Beli sesuatu untuk kita nak guna sekarang, bukan untuk kita simpan guna tahun depan. Gegadis tak suka lelaki bergaya tetapi sebenarnya papa kedana.
24. Bijak merancang kewangan. Membeli kena ada bajet. Buat senarai barang yang hendak dibeli. Ada makwe promosi Vitagen beli lah satu. Apa salahnya. Untuk kesihatan jugak.
25. Tak payah nak berlumba-lumba dengan kawan kau tu. Dia tukar iPhone kau pun nak tukar iPhone. Dia tukar kereta baru kau pun tukar kereta baru. Pesen tak nak mengalah.
Ruang terbesar dalam hidup kita ialah ruang untuk membaiki diri sendiri. Berubah lah ke arah kebaikan supaya masa depan kau senang.
Tak dapat buat semua, buat separuh jadi la. Sekadar berpesan-pesan. Kah! Kah! Kah!
SHARE l TAG pakwe, bakal suami, bakal kesayangan kau tu.
KREDIT FACEBOOK : #AmirSyahir dan #NotaKewanganASY
14 Comments
en somi satu je yg dia buat beli rokok non stop, camana tu abe kie nak suruh save perbelanjaan fmly.... wak lain tu dia tak buat....
ReplyDeleteKata je kat dia kalau nak meninggal cepat hisaplah rokok tu byk2! Pasti dia akan berhenti! 😀
DeleteBELANJA IKUT KEPERLUAN N KEMAMPUAN N JGN LUPA MENABUNG...
ReplyDeleteBetul tu akak!
DeleteRasanya tips ni bukan lelaki je boleh apply. Yang perempuan pun boleh hehe. Sentap jugak bila oden membacanya huhuhu
ReplyDeleteSbg panduan kpd kita semua.
DeleteYang penting kena ubah sikap dan berfikiran posotif.
ReplyDeletePendatang asing datang ke negara kita pun boleh jadi jutawan.
Sgt setuju tu bang! 😉
DeleteTip yg bagus.. Suami ekin bekal g kijo bawa sokmo.. Hihihihj
ReplyDeleteAssalamualaikum wbt Abam Kie. Terima kasih kerna berkongsi tip-tip dia atas. Tips yang bagus.
ReplyDeleteTahniah Abam Kie. Blog makin lawa. Neat & Clean. Sebelum ini pemilihan font untuk main page macam tak sesuai. Now getting better.
ReplyDeleteTerima kasih perkongsiannya AK... setuju sangat tu, tak payah nak reward reward diri sendiri sangat hihi.... reward anak bini tak pe? hihi
ReplyDeleteterima kasih tips nya
ReplyDeleteperempuan pun boleh guna. sekarang duit kena diurus dengan cermat
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.