Sambutan Hari Lahir Yaya ke 10
Assalamualaikum. Pada 12 September 2017 maka genaplah 10 tahun usia anak perempuanku yang ketiga, Nur Alin Dahlia binti Marzuki. Dia dilahirkan 10 tahun yang lalu di Hospital Tanah Merah, Kelantan berbanding dengan dua orang kakaknya yang dilahirkan di Hospital Kota Bharu.
Jadi pada 10 September 2017 kami sekeluarga mengadakan majlis sambutan hari lahir Yaya secara kecil-kecilan di rumah sahaja kerana anak bongsu abam kie iaitu Imtinan demam dan selsema. Memang hajat asalnya nak makan di Pizza Hut aja. Tapi terpaksa dibatalkan pada saat2 akhir.
Jadi pada petang tu abam kie dan yaya menaiki motor aje ke Pizza Hut Tanah Merah untuk membeli 3 keping pizza dan sup cendawan. Air Milo sejuk tu anak2 kacau di rumah aje. Jimat sikit kan?
Abam Kie jarang2 sekali makan pizza ni. Dan kalau makan pizza pun yang dibeli di Pizza Hut aje. Kalau beli di Domino Pizza atau di pasar malam terasa kurang berselera jadinya. Cuma tak boleh makan pizza selalu nanti terus naik berat badan ni. Memang la sekarang ni dah masuk kategori mild obesity. Bimbang gak menjadi acute obesity!
Baiklah, berbalik kepada Yaya yang menjangkau 10 tahun pada 12 September 2017, abam kie berdoa agar dia akan menjadi anak yang solehah, rajin, mendengar kata, bijak, cergas, menghormati ibubapa, guru-guru dan orang tua. Pendekata, abam kie mendoakan perkara yang baik2 aje la untuk kesemua anak abam kie yang 5 orang tu. Aamiin.
10 Comments
Selamat hari lahir yaya. Swings yaya dan semua ank abam kie bjaya dunia akhurat
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir Buat Yaya.. Semoga menjadi anak solehah buat ayah dan ibu ya
ReplyDeletehappy birthday yaya! moga jadi anak yang solehah ye, ameen :)
ReplyDeleteHappy belated birthday buat Yaya.
ReplyDeleteSemoga menjadi anak solehah yang membahagiakan Abam Kie sekeluarga.
Selamat Hari Lahir Yaya!!!
ReplyDeleteHappy birthday yaya..
ReplyDeleteAlhamdulillah...dapat meraikan di rumah pun dah syukur Cikgu AK..Yaya pun mesti gembira.Selamat ulangtahun kelahiran Yaya..
ReplyDeletehappy birthday yaya! moga menjadi anak yang soleh! :)
ReplyDeletesemoga yayamenjadi anak yang saleh dan berbakti kepada bangsa nisa dan agama serta ora
ReplyDeleteHAppy birthday yaya..smoga membesar dgn solehah
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.