Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1438H
Assalamualaikum. Sudah 10 hari Hari Raya Aidil Adha berlalu. Tapi rasanya masih belum terlambat untuk Abam Kie ceritakan bagaimana abam kie dan keluarga menyambut Hari Raya Haji tahun ini. Memanglah di Kelantan ni raya haji lebih meriah berbanding dengan negeri2 di pantai barat. Kenapa ya? Sebab orang2 Kelantan ni rajin membuat ibadah korban terutama sekali di kampung2 secara berkumpulan. Jarang benar kami menyembelih haiwan ternakan di masjid atau surau.
Untuk Raya Haji kali ini, abam kie dan kak ton masing2 mengambil satu bahagian korban. Harga sebahagian ialah RM600. Sepupu kak ton bernama Kak Zah dan suaminya Ustaz Harun sudi menjadi tuanrumah bagi korban tahun ni. Keluarga mereka mengambil 3 bahagian. Memandangkan 10 Zulhijjah jatuh pada hari Jumaat maka tempoh untuk menyembelih, melapah dan memasak daging korban tu singkat kerana kena pergi solat Jumaat lagi. Maka abam kie pun turut sama merebahkan, melapah dan menyiang daging lembu tu. Penat gak buat benda2 ni. Maklumlah kita buat sekali setahun je. Belasah je lah biarpun tak reti sangat. Alhamdulillah kerja-kerja kasar ni selesai sebelum azan Zuhur hasil berkat kerjasama semua kaum lelaki yang hadir. Manakala kaum wanita pula bergotong-royong menyiapkan hidangan makan tengahari.
Selesai menjamu selera abam kie balik ke rumah untuk membersihkan diri dan solat. Letih betul buat kerja korban ni. Habis berpeluh. Tangan pulak tergeliat dek kerana mengapak tulang-temulang tu. Aduh! Sakitnya. Pada sebelah petangnya dalam pukul 6, abam kie dan kak ton keluar menjelajah kampung sebelah untuk mengagihkan daging korban mentah kepada golongan yang kurang berkemampuan. Pada malam tu kami menyiapkan ramuan dan menyiang daging untuk dimasak bagi menjamu tetamu pada hari raya kedua pulak. Dalam pukul 11.40 malam baru la kami masuk tidur.
Pada hari raya kedua kak ton bertungkus-lumus memasak sedikit juadah untuk dijamu kepada kaum keluarga, saudara-mara, jiran, kawan-kawan dan anak murid. Sejak waktu syuruk sampai ke jam 11 pagi kami sibuk di dapur. Abam Kie juga kena keluar ke pasar untuk membeli apa-apa barang yang perlu. Menu kami pada hari tersebut ialah daging goreng, singgang daging special, sup gearbox, ulaman, budu dan ikan kering. Nampak macam mudah dan ringkas tetapi jenuh gak nak menyiapkannya.
Malangnya pada hari rumah terbuka ini, kakak dan sepupu abam kie tak dapat datang kerana jalan 'jem' teruk di atas jambatan Sungai Kelantan yang menghubungkan jajahan Machang dan Tanah Merah tu. Huh! Kalau di Kelantan ni bukan raya namanya kalau tak jem! Anak2 murid pun cuma 4 orang je yg datang. Bengang tul abam kie! Lalu abam kie mengambil keputusan untuk tidak menjemput mereka pada tahun2 akan datang! Mungkin pada tahun seterusnya abam kie dan kak ton x akan buat open house lagi. Siapa nak datang beraya datang lah. Dan kami akan menjamu apa yang ada di atas dapur dan rak.
Selepas Asar hari yang sama, abam kie menaiki motosikal menuju ke kampung di Machang untuk mengagihkan daging korban kepada orang2 miskin di sebelah kampung abam kie pulak. Memang jalan tengah jem giler time tu! Polis trafik pulak x bertugas! Maka ramai la pemandu2 yg x mengikut undang2 jalan raya seperti berada di dalam petak kuning, potong Q dan sebagainya! Sebelum Maghrib abam kie dah tiba di Tanah Merah. Tengok2 ibu mentua, kakak ipar, adik ipar dan anak2 buah sudah sampai di rumah.
Air asam perut muda lembu ala Machang
Hari ketiga abam kie dan kak ton cuma berehat di rumah. Kami mengemas mana yang patut. Pinggan mangkuk dan periuk belanga perlu dicuci. Selepas tu baca surat khabar Ahad sambil tengok apa2 rancangan yang menarik di TV. Maklumlah kan, jarang benar dpt tengok TV pada pagi Ahad.
Bagi abam kie dan kak ton kami merancang untuk mengambil satu bahagian lembu secara bergilir2 mulai tahun depan kerana tidak mampu menangani beban tugas menguruskan daging korban yang banyak ni. In Shaa Allah setiap tahun dapatlah kami merasa daging korban tu jika kami ambil bahagian. Nak harapkan orang bagi daging korban kat kami memang tak dok la. Mungkin sebab kami ni golongan pertengahan. Lagi satu, kalau tak melakukan korban semasa Raya Haji ni memang tak dok suasana raya la gamaknya! Jadi mari kita pakat berkorban setiap kali Hari Raya Aidil Adha, orait?
12 Comments
sukanya blog ni. kemas gila...
ReplyDeleteMeriah hari raya aidiladha di sana.
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeletesabar ye, Abam Kie & Kak Ton, penat2 memasak, yg datang cuma beberapa org saja..Allah Maha Mengetahui niat baik Abam Kie..
ReplyDeletememang sedap daging fresh..
sampai hati abam kie xajak cik nor..haha
ReplyDeletememang meriah hari raya korban ni kalau kita buat korbankan.
ReplyDeleteSedapnya tengok makanan tersusun atas meja tu
ReplyDeleteperut asam..haihh. kecur air liurr.. supp gearbox. gulpp
ReplyDeleteGeram jgak kan bila kita dah masak banyak2 takde yang nak abiskan.
ReplyDeletexpeade rezki untuk org lain nti. :)
sedap perut air asam tu..
ReplyDeleteMemang meriah raya haji kat kelate.. Dapat jugak merasa tengok ibadah korban dari jauh.. Tahun ni tak berpeluang nak buat lagi ibadah korban..
ReplyDeleteabe kie, mek kenal ank spupu abe kie tu. mek kenal ustaz harun. dia adik bradik dengan ust baharudin key?
ReplyDeletespouse mek pun duk mlapah lembu jgk hr raya tu. letih kakloh :)
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.