Hukuman Buang Sekolah Perlu Diteruskan
Ada 10 sebab mengapa jika hukuman buang sekolah di'tiada'kan, ia akan membawa malang kpd sistem pendidikan negara ini.
1) Alasan "Apabila mereka dibuang sekolah, tiada sesiapa yang akan bertanggungjawab terhadap mereka selepas itu", yg dikemukakan oleh menteri berkenaan, cuba memindahkan semua tanggungjawab mendidik anak drp tanggungjawab ibubapa kpd guru2 di sekolah.
2) Undang2 dan peraturan2 sedia ada tidak memihak kpd guru jika konflik berlaku antara murid dan guru.
3) Tuntutan kurikulum dan kokurikulum yg semakin bertambah di sekolah tidak membolehkan guru2 menangani murid bermasalah secara berkesan.
4) Mengharapkan khidmat kaunselor di sekolah juga tidak menjanjikan perubahan.. kerana, sejak kaunselor diperkenalkan di sekolah serta bilangan mereka ditambah, masalah murid tak nampak berkurangan.
5) Hukuman buang sekolah adalah hukuman yg paling digeruni oleh murid dan ibubapa. Itu shj yg tinggal buat modal pengetua di sekolah! Jika ini ditiadakan, kata arwah P. Ramlee... "hah2, heh2, hih2, ,hoh2, huhu......". Hancus!
6) Punca (roots) masalah murid ini bermula drp didikan ibubapa bapa di rumah sejak kecil lagi. Ia perlu ditangani di rumah.
7) Tugas guru masakini adalah rencam menyebabkan masa dan kemahiran mereka tidak berfokus.
8) Seorang guru mempunyai tanggungjawab terhadap sekurang2nya 30 org murid satu kelas. Jika guru tersebut diberi minima mengajar 5 kelas, bermaksud ada 150 murid yg perlu diperhatikan.
9) Masa di sekolah hanya 6 atau 7 jam, selebihnya masa di rumah, cubalah berfikir secara waras, mampukah jumlah masa tersebut mengubah keadaan?
10) Mulut memang sedap bercakap, apa lagi jika bercakap ikut sedap mulut! Tetapi yg menanggung bebannya tidak mampu lagi berkata2... Umpama kata pepatah moden, "Jika pandang tak nampak, ringan mulut bercakap, dijerit tidak didengari, bau busuk pun tidak dirasai, maka sedarlah, ada bahu yg terbeban, ada emosi yg terganggu, ada hati yg terluka, ada dosa yg tidak tertanggung! Hadoi!
Apa yg diharapkan ialah:
1) Perubahan sistem pendidikan mengutamakan akhlak diperingkat awal usia murid. Ajar adab sebelum ajar peradaban.
2) Ubah undang2/peraturan2 sedia ada yg memberi sokongan kpd kaum pendidik.
3) Hukum ibubapa yg mengabaikan akhlak anak masing2.....
PEACE!! ✌✌✌
14 Comments
good sharing
ReplyDeletejadikan rumahtangga harmoni agar anak2 yg dilahirkan tidak menyusahkan sesiapa apalagi guru2nya.
ReplyDeleteSemua bermula dari rumah. Ramai ibu bapa skrg ni tak amik kisah tentang pergaulan anak2. Anak tak g sekolah pun dorang tak kisah. Susah macam ni.
ReplyDeleteTakut sebenarnya menjadi ibu-bapa..semoga dapat mendidik anak2 dengan baik semampunya
ReplyDeleteMaybe boleh guna cara sistem pendidikan Jepun yang di peringkat awal mereka fokus kepada pembentukan emosi,empati dan akhlak mulia. Zaman jadi cikgu sekarang sangat sangat mencabar.
ReplyDeletesy setuju juga ni mmg sistem pendidikan kat jepun peringkat awl pembentukan akhlak yg dipentingkan.... mereka diajar jaga kebersihan, sopan santun, empati tu... daripada dibebani subjek yg banyak dan juga aras pengukuran yg tinggi... mak ayah pun kalut bg tusyen bagai. keluarga yg tak mampu ketinggalan dibelakang...
DeleteBudak sekarang tocangnya lagi tinggi dari cikgu dan ibu ayahnya. iskkkk3.
ReplyDeleteMintak jauh lahhh huhu
Beratnya tanggungjawab ibu bapa dan guru. Sama2 kita berdoa supaya kita buat terbaik untuk anak2
ReplyDeletegantikan kepada hukuman hantar ke sekolah tunas bakti..
ReplyDeletepenjara pendidikan ini boleh memberi dimensi baru mereka untuk peluang kedua..
bumi mana yang tidak ditimpa hujan..
manusia mana yang tidak lepas dari buat kesilapan.
namun setiap yang salah pasti dihukum...
teringat zaman skulah dulu...untuk sambung ke tingakatan 4 pun perlu dapat keputusan cemerlang (minimum)....yang nakal ada yang digantung dan dbuang sekolah...
ReplyDeleteApa yg diharap kan tu saya setuju sangat la abam kie... kelmarin g buat motivasi kt sekolah, bg tingkatan 3 yg dh lps PT3, bila tanya berapa org solat penuh tak ada sorang pun... solat 4 kali sehari ada la 4, 5 org... kesian abam kie tgk budak2 sekolah loni dgn masalah akhlak...
ReplyDeleteMama agak setuju.. bukan dihukum saja budak Tu tapi ibu bapa pun perlu dihukum Dan diberi kaunseling juga
ReplyDeletezaman yang makin mencabar
ReplyDeleteTugas guru bukan mendidik saja sekarang.
ReplyDeleteAda 1001 tugas lain.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.