DIDIK ANAK MENJADI HAMBA AGAR IBUBAPA TDAK MELAHIRKAN TUAN

Ibu : Dina...Dini...nak makan ape?
Dina : Dina nk mkn mi goreng
Dini : Dini nk mkn mi kari
Tudiaaaa...mak ambk oder kt anak dara diaaaa

Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi. Sedangkan si anak dara bersenang-lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone. Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa. Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan.

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil. Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila di tempat ibu bapa mereka.

Alasannya?
"Kesian anak tu kecik lagi.."
"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk *menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak bapak. Ini terjadi dalam dunia masa kini. Baju laki-bini, anak-beranak mak basuh. Makan laki-bini, anak-beranak mak masak. Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa. Mereka akan buat secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka. Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak bapak mereka. Sementara si anak sedap menggoyang kaki.

Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya. Bila besar mereka akan mampu berdikari. Usah terlalu kasihankan anak. Jangan terlalu memanjakan anak. Ajar mereka erti susah payah sejak kecil. Ajar mereka tentang kerja rumah. Ajar mereka erti kehidupan. Pupuk kesedaran dalam diri mereka.

Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan. Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik.

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba. Abaikan mulut-mulut mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita. Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.

*"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"*