HAKIKATNYA ANDA HANYA MENAMBAH PENDAPATAN BEBERAPA PERSEN SAHAJA JIKA BEKERJA SEHINGGA UMUR 60 TAHUN

Seorang kawan yg dah capai umur 58 tahun bertanya pandangan saya, apakah dia patut bersara awal dari penjawat awam. Saya kongsikan jawapan saya, moga anda yg tengah memikir atau tak pernah fikir, menilai pandangan ini, khusus kpd penjawat awam, mungkin juga swasta yg istiqamah mencarum KWSP.

Secara kasar, jika seseorang bersara dia akan dapat gratuiti (jika berijazah) biasanya lingkungan 200k, dicampur ganjaran cuti rehat dan wang pencen bulanan lebih kurang 60% dari gaji akhir. Berbanding jika terus kerja dapat gaji lebih 40% lagi. Contoh jika gaji sekarang 6000, jika pencen dapat 3600. Tetapi jika terus kerja kena bayar cukai pendapatan hampir sebulan gaji, duit minyak berulang ke tempat kerja. Sedangkan jika pencen tiada cukai pendapatan lagi. Duit gratuiti yg lingkungan 200k boleh dibelanja utk diri atau disimpan dlm pelaburan selamat spt tabung haji akan menjana pendapatan dan boleh ditambah kpd wang pencen setiap bulan. Jadi jika kerja pun, gaji kena tolak cukai, kena tolak duit minyak kereta. Sedangkan jika pencen wang pencen boleh ditambah dgn keuntungan pelaburan wang gratuiti atau kerja sambilan. Dan dgn itu perbezaan tidaklah banyak jika terus bekerja pada hakikatnya.

Bila pencen semuanya bebas, tidak ada tekanan hidup, berebut ke tempat kerja, bangun awal, tekanan tempat kerja dan 1001 masalah lagi. Berbaloikah dgn sedikit tambahan gaji berbanding jika pencen? Hakikatnya, meneruskan tugas setelah umur melebihi 56 hanya menambah sedikit shj hasil, tetapi bebannya besar. Sedangkan kita sudah ada hak utk berehat dan dapat pendapatan tanpa kerja. Bila pencen pun rawatan ditanggung kerajaan, bahkan keperluan alatan perubatan juga ditanggung berbanding jika kita masih bekerja.

Pandangan ini mungkin nampak negatif. Tetapi jom kita merenung pesan nabi. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW, beliau bersabda, “Umur umatku adalah antara 60 hingga 70 tahun. Sedikit dari mereka yang melebihi itu.”

Ini adalah hadis yang sahih, dikeluarkan oleh Imam at-Tirmidzy (3550), Ibn Majah (4236), Ibn Hibban (II:96), al-Hakim (II:427).

Memang benar hari ini rata-rata 60an sudah mula sakit itu ini dan tak kurang yg berpindah alam. Jika kita bekerja sampai 60an, peratus berulang ke hospital dan mc akan meningkat berbanding hari kerja. Bila pula masa nak bersedia untuk bekal mati? Jika kita bekerja selama 30 tahun, umur kita lebih kurang 55 tahun, maka baki umur selanjutnya patut ditumpukan kpd ibadat dan kerja kebajikan. Cukuplah menghambat dunia 30 tahun dan menghambat akhirat mungkin beberapa tahun shj yg berbaki.

Akhirnya, saya mengajak anda yg di penghujung 50an, lebih2 lagi jika wanita untuk menilai berbaloikah berulang ke tempat kerja untuk menambah pendapatan yg sedikit shj berbanding kita boleh duduk dirumah, ada pencen, ada duit ratus ribu, boleh berziarah, boleh mengaji agama yg tertinggal masa muda dulu, boleh menggerakkan kerja kebajikan dsbnya. Berhentilah menghambat dunia dgn sukarela setelah berpuluh tahun menghambakan diri. Berbimbang Allah hentikan kita dgn penyakit atau terus dicabut nyawa. Jika anda rasa anda perlu terus kerja, teruskanlah. Pendapat anda lebih betul pada diri anda, saya mungkin hanya mengukur pendapat pada diri saya shj. Wallahua'lam

Sumber: Facebook Tuan haji Abd Ghani bin Haron.