Tahap Kesihatan Abam Kie Semakin Membimbangkan
Assalamualaikum. Baru-baru ini Abam Kie ada update status berkenaan berat badan yang semakin meningkat selepas Hari Raya Aidil Fitri tempohari. Bila raya tu makan sampai tak ingat dunia sampaikan berat naik perlahan-lahan. Masa puasa tu dah turun 4 kg. Alih2 pada Hari Raya Haji lepas naik kembali 6 kg! Sedih kan?
Kenapa jadi begini? Ini pasal kerap makan la. Abam Kie makan sikit je tapi kerap kali masuk dapur. Isteri pula masak yang lazat2. Senaman pun kurang. Cukup je exercise di dalam rumah dan di halaman aje.
Bila tengok gambar di atas memang membimbangkan betul. Perut boroi macam perempuan mengandung menunggu hari je. Memang lelaki ni bila dah kahwin perut mereka akan buncit kerana banyak sebab seperti bahagia kerana makan, minum dan pakai terjaga. Kalau bijak, cuba teka berapa saiz seluar abam kie? Siapa betul abam kie akan belanja nanti! 😃
Baru2 ni ada la orang nak promosi perkhidmatan akupuntur moden kat sekolah. Sebelum offer service tu mrka buat pemeriksaan kesihatan sikit. Jadi beginilah hasil keputusan ujian tersebut. Saja abam kie siarkan kat blog ini sebagai peringatan kpd diri sendiri dan anak-cucu nanti. Tiada rahsia antara kita.
1. Berat: 82.6 kg, tinggi: 161 cm.
2. Tekanan darah sistolik: 154. (Bacaan selamat: 120 - 140)
3. Tekanan darah diastolik: 93. (Bacaan selamat: 70 - 90)
4. Kadar denyutan nadi: 64. (Bacaan selamat: 50 - 110) ✅
5. Lemak dalam badan: 30. (Bacaan selamat: 10 - 19% bagi lelaki, 20 - 29% bagi perempuan)
6. VFAT (Visceral Fat): 21.5%. (Bacaan selamat: 1 - 9%)
7. BMI (Body Mass Index): 31.87. (Bacaan selamat: 21 - 25)
8. BMR (Basal Metabolic Rate): 1754. (Bacaan selamat: >1200) ✅
Nampaknya abam kie mesti berbuat sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Ialah kan...abam kie x nak masuk hospital. Sehingga umur 44 tahun ni masih belum ditahan di mana2 wad. Kalau pergi melawat org sakit di wad tu biasalah!Jadi apakah nasihat dan langkah2 pencegahan yang patut abam kie ambil? Terima kasih diatas pandangan, komen dan buah fikiran kawan2 blogger yg dihormati sekalian.
15 Comments
Sy pun bmi lebih. Adoiii.
ReplyDeleteSkrg tgh kurangkan kuantiti nasi dan gula. Harap2 boleh turunkan brt bdan.
Mungkin Abam kie boleh buat aktiviti berbasikal sbb skrg ramai yg tgh srnok dgn aktiviti ni kan. 😊
Sy pun bmi lebih. Adoiii.
ReplyDeleteSkrg tgh kurangkan kuantiti nasi dan gula. Harap2 boleh turunkan brt bdan.
Mungkin Abam kie boleh buat aktiviti berbasikal sbb skrg ramai yg tgh srnok dgn aktiviti ni kan. 😊
kurangkan makan lewat malam dan lebihkan air masak instead of minuman bergula. Seeloknya elakkan makanan berminyak
ReplyDeletea.kie blh..you can do it..hehe
ReplyDeletexpa abam kie... kena bulih jg buat ter. btl tu diet karbo n jgn ambil manis dlm air.... hband sy mcm abam kie gk... kami diet dlm dua bulan, perut hband saya dah kempis
ReplyDeleteKena rajin bersenam Abe Kie...Jom kayuh basikal..
ReplyDeletePC dan suami pun dalam usaha turunkan berat badan Cikgu AK.kami lebihkan munum air kosong dah makan mlm sebelum jam 8.cuma kena sabar..
ReplyDeletesy pun bmi lebih...sdg berusaha jaga makan & exercise...
ReplyDeletePlease take care Abe Kie. Makan dan gaya hidup tu penting. InsyaAllah you'll be fine. Cuma kena disiplinkan diri :)
ReplyDeleteSaya pun bmi lebih gak.. Dr sarankan kurangkan badan gak ni.. Nak kurangkan berat badan..
ReplyDeleteAsalam Abam. banyakkan bersenam ringan2 ya..berat badan saya tak menentu juga. Cuma tak sampai 70 kg.
ReplyDeletemasa puasa 67kg..huuu berat ja tu sebab tinggi saya baru ja 155 Cm..berat tu kan..
Takleh makan malam kott. Aira pun tgh jaga berat jugak ni. Risauuuuu
ReplyDeleteMama pun BMI tinggi sikit. Sekarang tgh amalkan zero air manis Dan jgn mkn selepas kul 7
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeletesaya pun sama,ni tgh sakit lutut pulak,hencut2 bila jalan,biasa la bila dah usia dh bertambah mcm ni
Lama x singgah sini,dulu saya owner blog Akak Di Balik Pintu,bila blog dah berkubur,terpaksa pindah 'rumah' baru
jaga kesihatan ya
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.