Berakhir sudah kertas Bahasa Inggeris SPM 2017
Assalamualaikum. Setelah berhempas-pulas mendidik murid2ku untuk menduduki SPM pada tahun ini maka tarikh yang dinantikan sudah tiba. Tanggal 7 November 2017 mereka menduduki kertas Bahasa Inggeris 1119 pada sebelah pagi. Pada tahun ini aku mengajar 3 kelas tingkatan 5 dan 2 kelas tingkatan 4. Keseluruhannya 33 masa yang setiap satu tempohnya 30 minit. Penat kan jadi cikgu?
Pada setiap minggu aku kena mengajar mereka sebanyak 6 ke 7 masa. Pada sebelah petang dan malam serta hujung minggu ada tusyen (kelas tambahan). Untuk kelas tusyen ni aku dibayar sedikit elaun oleh PIBG. Dapatlah cover minyak kereta. Alhamdulillah. Semakin hampir dengan SPM makin banyak aktiviti akademik yang diadakan seperti kem akademik, seminar teknik menjawab, kelas tusyen tajaan pihak luar dan sebagainya. Yang tension tu bila murid2 kena tidur di sekolah untuk kem akademik hujung bulan selama 3 hari 2 malam. Cikgu2 pun kena tidur di sekolah!
Selepas peperiksaan percubaan SPM, aku memberikan soalan latihtubi berdasarkan soalan2 percubaan dari negeri2 lain bagi membiasakan murid2ku dengan contoh soalan mirip SPM. Dalam kekangan masa yang singkat sempat juga dihabiskan soalan dari 5 negeri. Murid2ku ni rajin buat esei. Kesian kepada cikgu mereka nak semak satu-satu. Tapi 2 hari sebelum kertas BI semua karangan berjaya aku pulangkan kepada mereka.
Nampaknya soalan2 BI tahun ni boleh tahan la. Tak terlalu susah dan tak terlampau senang. Jadi semua calon yang berusaha ada peluang untuk lulus dan 'score'. Aku dah berjanji nak beri sedikit duit kepada mereka yang dapat A untuk kelas pandai, C untuk kelas sederhana dan E untuk kelas lemah. Bagi mereka semangat sikit kpd mereka.
Akhir kata murid2 datang dan pergi di sekolahku tapi aku aje yang menjadi penunggu di sini sejak 2004. Setiap masa bila aku keluar pekan pasti terjumpa dengan bekas2 pelajarku dahulu. Alhamdulillah, ramai yang menjadi 'orang' biarpun ada segelintir yang menjadi sampah masyarakat.
29 Comments
wow happy
ReplyDeleteTerbaiklah. Rindu pulak nak sekolah balik hehe
ReplyDeleteMudah2an mereka dapat menghadiahkan cikgu dengan keputusan yang cemerlang.
ReplyDeleteBanyak saham abam kie mendidik anak bangsa
ReplyDeleteteruskan usaha murni abam kie..bukan senang nak jadi cikgu.
ReplyDeleteXpe..jadi penunggu yg memberi ilmu..
ReplyDeletebyk jasa pada anak² murid..
jadi 'penunggu' yg diingati oleh anak murid..
ReplyDeleteEnglish 1119..masih ada lg buku latihan english ni kat rumah...pernah sekali buka buku ni, tengok2 soalannya...perghh, susah jg..
Semoga semua anak didik teacher kie berjaya dunia akhirat.
ReplyDeletesemoga semua murid abam kie dapat a. nanti cikgu dia kena blanjer semua la gamaknya hehe
ReplyDeleteMoga anak didik berjaya dengan cemerlang subjek Inggeris.
ReplyDeleteSaya dulu memang akan berusaha untuk score inggeris walaupun diri tidak pandai mana.
moga anak didik berjaya dengan cemerlang subjek bahasa Inggeris tu cikgu =)
ReplyDeletesemoga anak murik abam kie akan memperoleh keputusan yang cemerlang. aminn
ReplyDeleteCikgu Abam mmg terbaik. Hihi. Pasti menjadi cikgu kegemaran murid di sekolah. Terbaik. :D
ReplyDeletekertas 1 tengok mudah je..cikgu yang tengok..huhu..budak2 xtau la boleh buat ke tak.
ReplyDeleteSportingnya cikgu, ambik selfie ngan anak-anak murid. :)
ReplyDeleteBesor jasa cikgu ni, tahniah cikgu, atas usaha gigih mendidik anak-anak.
cikma debor adik cikma pun spm jgk skg..mintk2 laa bleh buat
ReplyDeletesukanya depa
ReplyDeletecikgu yang mesra
ReplyDeletecikgu yang disayangi
ReplyDeleteselamat maju jaya
ReplyDeletesaemoga anak murid berjaya selalu,cikgu
ReplyDeleteTeringat time ambik spm dulu... rindu pulak nak exam
ReplyDeletecikgu rupanya..rabia cikgu tadika dulu.
ReplyDeletesemoga anak2 murid abam kie berjaya..... mesti sporting kan abam kie...
ReplyDeletelama tu abam kie berkhidmat sebagai cikgu.. ekin 2004 baru umur 20 tahun hihihihi.. semoga murid2 abam kie berjaya dalam SPM nanti
ReplyDeleteCikgu yang banyak berbakti memberi ilmu yang berguna. Tahniah!
ReplyDeleteGuru BI yang mantap, moga hasilnya cemerlang..inshaAllah anak Etuza ada ambil SPM
ReplyDeleteGuru BI yang disayangi..moga hasilnya cemerlang ya
ReplyDeleteteringat sijil triple one nine rietta dulu...kihkihkih...jgn ditnya apa yang tertera....
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.