Assalamualaikum. Setelah berhempas-pulas mendidik murid2ku untuk menduduki SPM pada tahun ini maka tarikh yang dinantikan sudah tiba. Tanggal 7 November 2017 mereka menduduki kertas Bahasa Inggeris 1119 pada sebelah pagi. Pada tahun ini aku mengajar 3 kelas tingkatan 5 dan 2 kelas tingkatan 4. Keseluruhannya 33 masa yang setiap satu tempohnya 30 minit. Penat kan jadi cikgu?

Pada setiap minggu aku kena mengajar mereka sebanyak 6 ke 7 masa. Pada sebelah petang dan malam serta hujung minggu ada tusyen (kelas tambahan). Untuk kelas tusyen ni aku dibayar sedikit elaun oleh PIBG. Dapatlah cover minyak kereta. Alhamdulillah. Semakin hampir dengan SPM makin banyak aktiviti akademik yang diadakan seperti kem akademik, seminar teknik menjawab, kelas tusyen tajaan pihak luar dan sebagainya. Yang tension tu bila murid2 kena tidur di sekolah untuk kem akademik hujung bulan selama 3 hari 2 malam. Cikgu2 pun kena tidur di sekolah!


Selepas peperiksaan percubaan SPM, aku memberikan soalan latihtubi berdasarkan soalan2 percubaan dari negeri2 lain bagi membiasakan murid2ku dengan contoh soalan mirip SPM. Dalam kekangan masa yang singkat sempat juga dihabiskan soalan dari 5 negeri. Murid2ku ni rajin buat esei. Kesian kepada cikgu mereka nak semak satu-satu. Tapi 2 hari sebelum kertas BI semua karangan berjaya aku pulangkan kepada mereka.

Nampaknya soalan2 BI tahun ni boleh tahan la. Tak terlalu susah dan tak terlampau senang. Jadi semua calon yang berusaha ada peluang untuk lulus dan 'score'. Aku dah berjanji nak beri sedikit duit kepada mereka yang dapat A untuk kelas pandai, C untuk kelas sederhana dan E untuk kelas lemah. Bagi mereka semangat sikit kpd mereka.


Akhir kata murid2 datang dan pergi di sekolahku tapi aku aje yang menjadi penunggu di sini sejak 2004. Setiap masa bila aku keluar pekan pasti terjumpa dengan bekas2 pelajarku dahulu. Alhamdulillah, ramai yang menjadi 'orang' biarpun ada segelintir yang menjadi sampah masyarakat.