Assalamualaikum. Pada akhir tahun 2016 abam kie dan keluarga melawat Pulau Pinang buat kali pertama. Namun lawatan singkat itu cuma membawa kami ke dua tempat popular dan wajib pergi iaitu Pesta Pulau Pinang dan Bukit Bendera. Terasa macam tak lengkap saja jika tidak dibuat lawatan kali kedua. Lalu pada cuti Deepavali yang lalu kami berkunjung ke sana lagi dengan kali ini lawatan kami bertemakan Travel Penang. Kiranya kali ini kami mahu betul-betul meneroka destinasi-destinasi unik yang jarang dilawati oleh pelancong tempatan dan luar negara. Kalau orang putih kata ‘The Hidden Gems of Penang’ gitu! Jadi kalau mahu tahu tempat-tempat menarik yang Abam Kie kunjungi pada bulan lepas, jom la semak Travel Penang yang menarik ini!


Sesampainya kami di Pulau Mutiara pada pagi 16 Oktober 2017 lalu, kami terus menuju ke Countryside Stables Penang yang terletak di Jalan Sungai Burung, Balik Pulau. Oleh kerana kami sekeluarga ingin sangat melihat dan menunggang kuda, maka kandang kuda ini adalah salah satu tempat menarik di Pulau Pinang yang mesti kami lawati. Di sini Abam Kie dan keluarga berpeluang melihat pelbagai spesis kuda dari pelbagai negara sama ada kuda kecil yang comel atau yang besar untuk berlumba.


Pada petangnya kami berkunjung ke Saanen Dairy Goat Farm. Teringat semasa zaman kanak-kanak dan remaja dahulu abam kie sekeluarga ada memelihara kambing kampung. Jadi bila dating ke ladang kambing ini dapat mengimbau kenangan pada zaman itu. Ladang Kambing Susu Saanen ini terletak di kawasan yang memiliki landskap cantik dan menempatkan sebuah ladang ternak kambing biri-biri. Satu tempat menarik di Penang yang ideal untuk anak-anak lebih mendekati dan belajar tentang haiwan ini selain mereka juga boleh merasai pengalaman memberi makan dan rumput kepada kambing-kambing di sana. Terdapat juga tempat untuk membeli susu kambing segar dan ais krim perisa susu kambing. Abam Kie memang peminat susu kambing jadi banyak la susu dana ais krim yang dibeli pada pagi itu.


Pada malam itu kami sekeluarga sempat menunaikan solat jamak Maghrib dan Isyak di Masjid Terapung Tanjung Bungah. Kami sampai di sini ketika air laut sedang pasang yang mana keadaan ini adalah waktu terbaik untuk melihat masjid ini dalam keadaan terapung! Ketika waktu senja pemandangan masjid ini dilimpahi cahaya mentari jingga yang pasti memberikan panorama yang cantik untuk mengambil foto-foto kenangan.


Pada hari kedua, pengembaraan kami diteruskan ke Taman Negara Pulau Pinang yang terletak di Teluk Bahang. Taman Negara ini sesuai sebagai singgahan percutian kepada kami yang sukakan aktiviti seperti jungle trekking, berkhemah, berenang dan melihat flora dan fauna di dalam hutan. Di sini juga terdapat titian kanopi (canopy walkway) dan yang paling menarik ialah di Tasik Meromiktik iaitu kawasan pertemuan air tasik yang tawar dan air laut yang masin. Di kawasan ini juga terdapat empangan air yang sangat tinggi dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Kalau datang ke sini jangan lupa ambil gambar banyak-banyak, tau?


Destinasi seterusnya ialah Tropical Spice Garden di Jalan Teluk Bahang. Apakah yang istimewa tentang tempat ini? Ia ialah sebuah kebun dengan tumbuhan eksotik tropika yang berada dalam keluasan 8 ekar dan lebih 500 spesis ditanam. Di kebun ini abam kie boleh mengenali tumbuhan herba seperti kacip fatimah dan tongkat ali dan melawat taman ini yang agak besar. Macam-macam ada kat sini seperti pokok serai kayu, daun kaduk dan serai wangi. Ada juga ruangan memasak dan juga kedai untuk membeli herba yang boleh dijadikan penawar untuk merawat penyakit dan penjagaan diri. Herba berkenaan boleh juga dibuat sebagai cenderahati kepada kawan-kawan abam kie di Kelantan tu. Kepada anak tani macam abam kie ni memang sudah biasa bergelumang dengan tanah dan lumpur sejak kecil lagi. Jadi bila datang ke sini dapatlah menjumpai pokok-pokok dan buah-buahan hutan yang sudah hampir pupus kat kampung tu. 


Tidak jauh dari kawasan peranginan Batu Feringgi terdapat sebuah taman tema darat yang mencabar dan lokasi tepatnya ialah di Teluk Bahang. Pada petang tu abam kie dan keluarga mengunjungi taman tema tersebut yang diberi nama Escape Theme Park Penang. Jika kawan-kawan gayat kepada ketinggian, apa kata dating ke sini untuk melatih diri membuang perasaan gayat tersebut? Taman tema ini sesuai untuk mereka yang suka kepada cabaran dan memanjat di tempat tinggi. Antara aktiviti yang ada di sini ialah permainan gelonsor tayar, flying fox, meniti titian tinggi dan sebagainya. Abam Kie cuma sempat mencuba musang terbang (flying fox) dan meniti titian tinggi sahaja pada petang tu. 


Pada hari ketiga kami ke Tropical Fruit Farm di Jalan Teluk Bahang. Ia adalah sebuah ladang buah yang menempatkan pelbagai jenis pokok buah tropika seperti nanas, betik, pisang dan durian. Waktu terbaik untuk datang ketika musim buah dan kebetulan masa abam kie dating tu musim buah masih lagi ada biarpun sudah hampir  ke penghujungnya. Abam Kie dan keluarga boleh menikmati buah-buahan segar yang dipetik terus dari ladang. Pakej lawatan kebun buah ini disediakan oleh pemilik dengan harga berpatutan termasuk dengan pakej merasai buah dan jus-jus buahan segar. Bayar dulu lepas tu petik la apa yang nak dimakan.


Abam Kie memang suka makan jeruk dan Jeruk Madu Pak Ali adalah jenama yang pasti abam beli dan makan. Biasanya kena pesan dengan kawan-kawan yang ke Pulau Pinang. Tetapi pada kali ini abam kie boleh beli banyak-banyak di Kedai Jeruk Madu Pak Ali. Selain jeruk, abam kie juga membeli sos char kuey teaw, sos pencicah buah, halwa buah pala, cincalok, gula-gula perisa buah dan macam-macam lagi. Yang best tu kat sini pun ada jual cenderahati seperti rantai kunci, baju T, magnet peti sejuk dan sebagainya. Borong aje lah!


Selepas selesai membeli-belah di Kedai Jeruk Madu Pak Ali, kami sekeluarga berkunjung ke Penang Time Tunnel (Terowong Masa Pulau Pinang) yang terletak di Jalan Green Hall. Sudah tentu ia satu destinasi menarik untuk abam kie dan keluarga  untuk lebih mengenali sejarah Pulau Pinang dalam pendekatan yang berbeza daripada biasa. Iyalah kan, asyik google dan baca dalam media bercetak sudah tentu pengalaman tu tak sama dengan mengalaminya sendiri. Terowong Masa Pulau Pinang ini boleh dibahagikan kepada dua zon lawatan utama di mana zon pertama merupakan kawasan yang menceritakan perjalanan kemajuan Penang dari era penjajahan sehinggalah ke sekarang. Zon kedua pula merupakan kawasan yang lebih kepada tarikan santai untuk bergambar di mana terdapat beberapa lukisan mural 3D yang tidak kurang menariknya. Kira berbaloi gak dengan tiket masuk yang mahal tu. Puas hati tul!


Jadual lawatan Abam Kie sekeluarga ke Pulau Mutiara diakhiri dengan Pasar Malam Batu Feringgi yang menjual pelbagai barangan cenderahati seperti rantai kunci, pakaian, kraftangan, makanan dan sebagainya. Lokasi pasar malam ini ialah di Batu Feringgi dan tidak jauh dari Pantai Tanjung Bungah. Sebenarnya kami x beli barang pun sebab dah shopping sakan semalam. Cukuplah kami beli makanan di gerai-gerai yang menjual pelbagai makanan tempatan seperti char kuey tiaw, passembor dan cendol. Nak makan nasi kandar pun terasa macam berat sangat. Sesungguhnya Pasar Malam Batu Feringgi ialah tempat menarik dan sesuai untuk membeli cenderahati buat keluarga dan kawan-kawan sambil-sambil makan malam di sini.

Pada hari keempat ni kami bertolak balik ke Kelantan usai sarapan pagi di rumah sepupu isteri abam kie yang tinggal di Relau. Jadi kawan-kawan yang dihormati sekalian, jom tengok senarai tempat-tempat menarik dan unik tetapi masih tersembunyi dari pengetahuan ramai di portal pelancongan yang paling popular di Malaysia iaitu https://www.traveloka.com/en-my/infographic/malaysia/unseen-malaysia