Dumpster ialah Recycle Bin Untuk Telefon Android
Assalamualaikum. Tentu kawan-kawan pernah mengalami situasi dimana dengan tidak sengaja terpadam gambar atau video yang bernilai di dalam telefon bimbit kawan2, kan? Sekarang tak perlu risau kerana ada satu aplikasi Android bernama Dumpster yang berfungsi sebagai Recycle Bin Untuk Telefon Android kita. Aplikasi ini memudahkan kita mengembalikan foto, video, dokumen dan fail yang terpadam tanpa sengaja
Penggunaan Recycle Bin pada komputer Windows boleh dikatakan salah satu perkara yang membantu ramai pengguna – terutamanya apabila mereka terpadam sesuatu fail tanpa sengaja, dan ingin mengembalikannya kembali. Fungsi serupa juga kini boleh ditambah pada peranti Android kita dengan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Dumpster.
Menggunakan Dumpster, pada pertama kalinya, kita akan ditanya berkenaan fail jenis apakah yang kita ingin uruskan melalui Dumpster – sama ada imej sahaja, atau muzik, video, dokumen, aplikasi dan sebagainya. Sebaik sahaja kita menetapkannya, ia akan membuat analisa ringkas, dan kita boleh meninggalkan aplikasi berkenaan.
Selepas ia dipasang, setiap dokumen yang telah ditetapkan yang dipadam, akan dihantar ke Dumpster dan ia akan beroperasi sebagai sebuah Recycle Bin. Kita akan diberi pilihan untuk mengembalikan sesuatu fail kembali ke tempat asal sekiranya terpadam tanpa sengaja – ataupun turut membuat tetapan pada Dumpster untuk membuang semua fail apabila telah capai sesuatu tempoh – seperti seminggu selepas dipadam dan sebagainya.
Aplikasi ini hadir dengan sokongan pengiklanan – yang mana bagi Abam Kie tidak begitu menganggu. Namun, kita masih boleh membuang iklan tersebut dengan membuat pembelian dalam aplikasi pada harga RM8.99.
Bagi kita yang menguruskan pelbagai jenis fail, termasuk gambar – dan tidak ingin terpadam sesuatu fail tanpa sengaja, mungkin boleh memasang dan mencuba Dumpster hari ini.

12 Comments
thanks for sharing
ReplyDeleteterima kasih cikgu atas perkongsian =)
ReplyDeleteBiasanya kalau android versi baru dah tersedia ada recycle bin ni.. install yg lain buat beratkan smartphone jer...
ReplyDeleteKiranya ini langkah persediaan atau berjaga-jaga...
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeletetq for sharing....never know that before....
ReplyDeletesaya blogwalking
ReplyDeletemenarik! dapat menyelamatkan file2 yang terdelete tanpa sengaja
ReplyDeleteWah.. menarik nie.. Boleh buat macam back up..
ReplyDeletelepas ni bolehlah download app ni
ReplyDeletejemput join giveaway sha - http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/11/giveaway-shfyqhazhr-x-printcious.html
menarik ni , informasi baru untuk CCL ,tq abam kie
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.