Assalamualaikum. Abam Kie memang mula melabur dengan ASW2020 sejak 10 tahun yang lalu. Masa tu ada duit raya anak2 jadi abam kie pi la buka akaun ASW2020 di Maybank. Sebelum tu memang abam kie sudah memiliki akaun ASB yang dibuka semasa Minggu Haluansiswa di Universiti Malaya pada 1991 dulu. Baguslah kita melabur ni sebab boleh buat bekalan pada hari tua nanti atau pada waktu kecemasan. Satu lagi kebaikan menyimpan di ASB dan ASW ni susah sikit nak keluarkan duit sebab kena berurusan di kaunter. Lainlah kalau menyimpan di Tabung Haji, boleh gi cucuk di bank2 spt Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat. 

OK, berbalik kepada proses menutup akaun ASW ni. Abam Kie pi tutup akaun ASW ni di cawangan ASNB di Pasir Puteh, Kelantan. Abam Kie ambik kesempatan cuti Deepavali tempohari untuk menyelesaikan urusan ini. Tak nak pi KB sebab pasti ramai orang dan jauh pula perjalanannya. Masa abam kie nak tutup akaun tu, kerani ASNB siap kata akaun ASW ni tak boleh ditutup terus melainkan jika abam kie nak menukar kerakyatan atau berhijrah ke luar negara pada masa yang panjang. Huh! Ngeri gak dengar. Walaupun Malaysia ni ada GST dan x sekaya Brunei tapi Malaysia tetap di hatiku. X ada yang lain! 


Jadi kerani tu mencadangkan agar abam kie mengosongkan akaun tu aje. Maksudnya abam kie boleh mengeluarkan segala duit yang ada namun akaun itu masih aktif cuma x ada duit je dalam tu. Abam Kie kena isi borang untuk proses ni. Leceh tul sebab kena isi 4 keping borang termasuk 3 untuk anak2 tu. Dalam 10 minit mengadap kerani tu akhirnya dapat la sedikit duit. Selepas keluar dari pejabat ASNB tu abam kie dan anak2 terus gi shopping di Pasaraya Pantai Timur di sebelahnya. Habis je shopping anak2 pula teringin nak makan di McDonald. Jadi abam kie terus memandu ke McDee Kok Lanas yang terletak kira2 30 km dari situ. 


Akhir kata abam kie menyeru kawan2 membuat pelaburan sebagai sumber kewangan bila dah tua nanti. Terima kasih.