Assalamualaikum. Selesai peperiksaan akhir tahun 2017, masih berbaki dua minggu sebelum pelajar2 dan guru2 mula bercuti panjang selama 5 minggu. Dalam tempoh dua minggu ini banyak kerja yang perlu diselesaikan oleh guru2 seperti menyemak skrip jawapan pelajar, mengisi markah peperikssan, melengkapkan segala jenis e, memungut yuran PIBG dan sekolah, mengemaskini fail dan sebagainya. Kami guru2 seboleh2nya ingin menyelesaikan kerja2 sekolah di sekolah agar bila balik ke rumah boleh menumpukan kerja2 di rumah plak. Betul kan? Tapi jika terpaksa memang la kena buat balik kerja2 sekolah tu ke rumah. Jika tidak, lambat siap la kerja menyemak kertas exam tu kan?

Baiklah, berbalik kepada jamuan kelas mega akhir tahun di sekolah abam kie ni. Selepas buku2 teks dihantar maka pelajar2 mulalah merancang jamuan kelas masing2. Biasanya kelas di hadapan la yg selalu buat jamuan kerana mereka mengutip duit kelas sejak dari awal tahun. Kelas2 di belakang tu usahkan nak bayar duit kelas, nak bayar RM1 untuk jamuan raya atau persaraan guru pun berkira! 


Jadi pada minggu terakhir ini jamuan kelas diadakan mengikut hari. Contohnya pada hari Isnin untuk tingkatan 1, hari Selasa untuk tingkatan 2 dan hari Rabu untuk tingkatan 4. Murid2 tingkatan 3 dah buat jamuan selepas PT3 tempohari manakala senior mereka di tingkatan 5 akan buat selepas tamat SPM kelak.

Semasa jamuan tempohari pelbagai hidangan disediakan seperti mee goreng, nasi goreng, kek, kuih-muih, biskut, colek buah, puding, air koktail dan sebagainya. Tapi yang wajib ada ialah ayam barbeque la. Tapi abam kie tak larat nak makan n minum semua la. Cukuplah rasa serba sikit. Kalau makan semua makin boroilah perut ini jadinya. Huhuhuhu.

Sesungguhnya jamuan kelas akhir tahun seperti ini perlu diadakan setiap tahun bagi meraikan penat belajar dan mengajar sepanjang tahun. Selain dapat menikmati juadah yang enak, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan guru, pelajar dan staff sokongan di sekolah. Terima kasih.