Melawat Taman Eko Rimba Bukit Bakar
Pada awal Disember lepas, abam kie dan ayah pergi meninjau tanah getah di Bukit Bakar sambil menziarahi saudara-mara yang lama sudah tak berjumpa. Sambil2 tu kami melawat satu tempat rekreasi yang begitu popular sekitar tahun 1960an hingga 1990an iaitu Taman Eko Rimba Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Seingat abam kie, masa sekolah rendah dulu tempat ini kerap dikunjungi orang ramai untuk berkelah dan mandi-mandi pada hujung minggu. Selain daripada itu, aktiviti perkhemahan pasukan pengakap juga selalu diadakan di situ. Bukit Bakar ini turut menempatkan stesen pemancar radio/TV RTM dan Media Prima. Menara telekomunikasi juga terletak di sini.
Taman Rimba ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. Pejabat JPNK ini ada di dalam taman rimba ini. Di pintu masuk terdapat dua papan kenyataan tentang taman rimba ini termasuk peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di taman ini seperti dilarang berkhalwat dan merosakkan kemudahan awam yang disediakan.
Abam Kie dapati dua gerai medan selera di sini tidak lagi beroperasi dan kelihatan daun-daun berguguran di atas atapnya. Memang tiada penjagaan langsung ni! Tak ada pun penyelenggaraan oleh staff Jabatan Perhutanan. Sedih nampaknya....
Ada satu tangga menuruni bukit ini ke sungai di bawah. Memang jelas kelihatan daun-daun lama bertaburan di atas tanah tanpa disapu. Kelihatan tempat berehat, taman permainan, pondok dan sebagainya di sini tapi jelas kelihatan tidak terurus.
Semasa abam kie berkunjung ke sana air sungai keruh kerana baru saja banjir surut. Tapi saudara abam kie yang menetap di kampung berhampiran mengatakan memang air sungai di sini keruh biar pun pada musim kemarau. Sedih la kan? Sebab masa abam kie datang ke sini tahun 80an dulu air di sini jernih dan kami dapat mandi sepuas-puasnya.
Abam Kie berseru kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan untuk memulihara dan menjaga Taman Eko Rimba Bukit Bakar, Machang daripada terus terbiar dan dicemari sampah-sarap. Sekiranya ia dibaik-pulih nanti, pasti ramai pengunjung yang sudi berkelah dan berkhemah di sini.
10 Comments
cik nor dok dkt pun lama doh xg ctu..hehe
ReplyDeleteTempat menarik seperti ni sepatutnya dinaik taraf.. Air nya boleh jadi cantik kalau dijaga dengan baik.. Syoknya kalau dapat berkelah
ReplyDeleteSayangnya tempat dah cantik tapi tak diurus dengan baik. Kalau jaga baik, bole jadi tempat plancong, tempat untuk beristrirehat dengan keluarga.
ReplyDeletekalau dibaik pulih, diselenggara, ada penambahbaikan, boleh tarik pelancong..aktiviti berkhemah mmg sesuai, tanah rata, tepi sungai..
ReplyDeleteharapnya dapat diselenggara...
ReplyDeleteMama mmg suka tempat macam ni sebab Ada sungai
ReplyDeletekbnykn taman rekreasi cmtu..tak terjaga..syg la..klo x masyuk je sektor pelancongn
ReplyDeleteBESTNYA
ReplyDeletemungkin perlu perbaiki dan nanti kalau dah viral, mesti ramai orang ni
ReplyDeleteAus last pergi bukit bakar bulan September 2020... tu pun bukan pergi berkelah...tapi pergi hiking..track dia sangt cerun dan mencabar laa...puncak dia xde ape2 yg cantik cuma nmpak la jugak view Machang jika dilihat dri puncak...tu pun side belah tiang pemancar...
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.