Melawat tanah pusaka
Semasa Hari Raya Puasa yang lepas ayah abam kie mengumumkan yang dia akan memberikan tanah2 miliknya kepada kami enam beradik secara sama-rata tanpa mengira jantina. Setiap orang bakal menerima 1.5 ekar. Kakak2, abang dan adik abam kie menerima tanah berdekatan dengan kampong aje tapi abam kie diberikan tanah getah yang jauh sedikit namun masih di dalam daerah yang sama. Jaraknya 15km dari kampung kami. Lokasi tanah itu di Kampung Limau Nipis, Jalan Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Sebenarnya tanah ini dimiliki oleh nenek sebelah ayah. Memang ayah dilahirkan dan dibesarkan di kampung ini.
Tanah getah ini berada di atas bukit. Tak jauh pun dari jalan ke Bukit Bakar tu. Cuma belok kiri sejauh 100m saja. Tanah ini ditanami dengan pokok getah namun sejak akhir2 ini pokok2 tu tidak mengeluarkan susu lagi. Ada 2 buah rumah berdekatan dengan tanah ini. Kalau abam kie buat rumah rehat di sini memang terpencil dan sunyi la malam2. Nanti kena berperang dengan nyamuk dan tak berani keluar malam2 lagi la. Seram!
Tanah yang bakal bertukar nama kepada abam kie tu berdekatan dengan lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai yang sedang dibina tu. Tak sampai pun 500m. Dekat situ bakal dibuat susur keluar (exit) Machang dan R n R sekali. Nanti korang balik kampong nak beraya tu jangan la lupa singgah di chalet abam kie, OK? Dari tanah abam kie tu cuma 1.5km lagi akan sampai ke Bukit Bakar yang menempatkan pemancar telekomunikasi dan radio televisyen. Rasanya harga tanah di situ bakal naik dengan pembinaan lebuhraya KB-KK. Jadi memang sesuai sangatlah tanah ini dijadikan pelaburan masa depan.
16 Comments
tak pernah sampai kelantan lagi.. huhuhu
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki Cikgu dan adik beradik...tindakkan bijak yang ayah Cikgu lakukan...
ReplyDeleteWahhh seronoknya ada aset sendiri. Harga tanah ni semakin hari semakin meningkat. Kadang-kadang tu rasa cam tak masuk akal
ReplyDeletealhamdulillah..rezeki abam kie sebenarnya...tindakan ayah memberi adik beradik sama rata adalah tindakan bijak..supaya tidak berkelahi kelak...boleh la abam kie plan nak buat rumah pusaka plak..
ReplyDeletewow boleh diusahakan
ReplyDeletesemoga perancangan abam kie berjaya, inshaAllah
ReplyDeleteallhamdulillah... rezeki abam kie... semoga dipermudahkan segala rancangan...
ReplyDeleteAlhamdulillah, bertambah aset
ReplyDeleteHa ha haaa, membatu dan mengetar
ReplyDeletemurah rezeki abam kie. nanti promotelah chalet abam kie tu. mmg strategik tu
ReplyDeleteAlhamdulillah. Nanti kalau datang kelantan, nak singgah makan nasi dengan budu lahh. Hehee
ReplyDeleteWah bestnya ada tanah sendiri~ ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki abam kie. Usahakan dengan sewajarnya..
ReplyDeleteBtw CCL dh masukkan blog abam kie dlm bloglist CCL . Boleh refer 'awesome boy my bloglist'
Alhamdulillah rezeki. Tindakan yang bijak dari orang tua Abam Kie.
ReplyDeleteDah setahun lebih tak pergi Kelantan, rasa rindu lak...
ReplyDeleterezeki tu
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.