Semasa Hari Raya Puasa yang lepas ayah abam kie mengumumkan yang dia akan memberikan tanah2 miliknya kepada kami enam beradik secara sama-rata tanpa mengira jantina. Setiap orang bakal menerima 1.5 ekar. Kakak2, abang dan adik abam kie menerima tanah berdekatan dengan kampong aje tapi abam kie diberikan tanah getah yang jauh sedikit namun masih di dalam daerah yang sama. Jaraknya 15km dari kampung kami. Lokasi tanah itu di Kampung Limau Nipis, Jalan Bukit Bakar, Machang, Kelantan. Sebenarnya tanah ini dimiliki oleh nenek sebelah ayah. Memang ayah dilahirkan dan dibesarkan di kampung ini.  


Tanah getah ini berada di atas bukit. Tak jauh pun dari jalan ke Bukit Bakar tu. Cuma belok kiri sejauh 100m saja. Tanah ini ditanami dengan pokok getah namun sejak akhir2 ini pokok2 tu tidak mengeluarkan susu lagi. Ada 2 buah rumah berdekatan dengan tanah ini. Kalau abam kie buat rumah rehat di sini memang terpencil dan sunyi la malam2. Nanti kena berperang dengan nyamuk dan tak berani keluar malam2 lagi la. Seram!


Tanah yang bakal bertukar nama kepada abam kie tu berdekatan dengan lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai yang sedang dibina tu. Tak sampai pun 500m. Dekat situ bakal dibuat susur keluar (exit) Machang dan R n R sekali. Nanti korang balik kampong nak beraya tu jangan la lupa singgah di chalet abam kie, OK? Dari tanah abam kie tu cuma 1.5km lagi akan sampai ke Bukit Bakar yang menempatkan pemancar telekomunikasi dan radio televisyen. Rasanya harga tanah di situ bakal naik dengan pembinaan lebuhraya KB-KK.  Jadi memang sesuai sangatlah tanah ini dijadikan pelaburan masa depan.